Sekilas
- Ameer Aiman berkongsi detik pertama kali bertemu Noor Nabila ketika mereka sama-sama bersenam di gimnasium.
- Ameer mendedahkan lima perkara yang disukainya tentang Noor Nabila termasuk sifat penyayang, kelakar, dan masakannya yang sedap.
- Hubungan Noor Nabila dan Ameer semakin mendapat perhatian ramai selepas mereka kerap berkongsi momen romantis di media sosial.
Kekasih kepada usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila iaitu Ameer Aiman mendedahkan detik pertama kali perkenalan mereka.
Menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok, Ameer berkata mereka bertemu ketika sedang membuat senaman di sebuah gimnasium sehingga akhirnya saling memberi perhatian pada satu sama lain.
“Bila selalu datang gim dan workout di sini, saya selalu kerja dekat gim sini. Dia asyik tengok saya dan saya pun asyik tengok dia. Macam sama-sama saling usha, selepas itu saya ngoratlah dia,”katanya.
Dalam hantaran lain, Ameer turut berkongsi lima perkara yang disukai tentang kakak kepada pelakon, Neelofa itu.
“Penyayang, tak berkira, sangat menjaga well-being saya.
“Seorang yang kelakar. Nabila ini kelakar sebenarnya. Satu lagi, masakan dia sedap. Saya tak sebut cantik sebab kenapa nak sebut benda yang dah obvious,”kongsinya.
Sekadar info, hubungan Noor Nabila dan Ameer kini semakin menjadi perhatian ramai apabila pasangan itu semakin terbuka berkongsi momen romantis bersama di media sosial.