Skip to main content

Selebriti

Terima Realiti Hero Kena Tinggi, Khenobu Tak Pernah Rasa ‘Insecure’ Bertubuh Rendah - “Ramai Pelakon Pendek Mempunyai Bakat Hebat”

ASTROGEMPAK Khenabo

Sekilas

  • Khenobu akui industri lakonan Malaysia lebih gemar memilih pelakon lelaki bertubuh tinggi untuk watak hero dan ‘lover boy’.
  • Dia percaya ketinggian bukan penentu utama kejayaan kerana ramai pelakon bertubuh rendah mempunyai bakat luar biasa.
  • Khenobu menerima realiti ketinggiannya dengan hati terbuka dan tidak pernah rasa rendah diri walaupun sering dikritik tentang fizikalnya.

Pelakon, Khenobu menerima dengan hati terbuka realiti industri lakonan tempatan yang lebih cenderung memilih lelaki bertubuh tinggi untuk menggalas watak hero. 

 

Khenobu atau nama sebenarnya Muhammad Faridh Mohd Yasir berkata, soal ketinggian sememangnya sering menjadi perbualan dalam kalangan penggiat seni, terutama apabila melibatkan pemilihan pelakon bagi watak utama yang memerlukan imej tertentu.

 

“Kalau bercakap soal ketinggian, memang perkara itu sering jadi bahan percakapan dalam industri di Malaysia.

 

“Ramai pengarah cenderung memilih pelakon yang tinggi dan berwajah tampan untuk watak-watak tertentu, terutama kategori ‘handsome boy’ atau ‘lover boy’,” katanya kepada Gempak. 

 

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Tarik Picu yang berlangsung di PJPAC, One Utama, Damansara pada Rabu.

 

Bagaimanapun, Khanobu percaya faktor fizikal bukan penentu mutlak kejayaan seseorang pelakon kerana ramai individu bertubuh rendah sebenarnya memiliki bakat luar biasa.

 

“Sebab itu saya selalu katakan, ramai pelakon yang bertubuh rendah sebenarnya mempunyai bakat yang sangat hebat.

 

“Malah ada yang lebih ‘power’ daripada pelakon tinggi. Cuma mereka mungkin tidak berada dalam kategori yang sering dicari untuk watak-watak tertentu.

 

“Saya tidak kisah dan menerima budaya itu seadanya. Kawan-kawan saya yang tinggi pun ramai, dan saya sentiasa menyokong mereka sebagai rakan serta sebagai pelakon yang berbakat.

 

“Saya menerima hakikat bahawa saya tidak tinggi. Mungkin kerana itu juga ada pengarah yang melihat bakat saya dan memberi peluang untuk saya menunjukkan kemampuan lakonan dalam pelbagai jenis watak,” ujarnya. 

 

Dalam masa sama, Khenobu menegaskan dia tidak pernah berasa rendah diri atau tersinggung apabila ada pihak yang mengulas mengenai ketinggiannya kerana perkara itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sejak kecil.

 

“Mungkin ada orang kata saya hebat berlakon, cuma saya pendek. Bagi saya, itu adalah ketentuan Allah dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Namun saya tetap akan terus berkarya.

 

“Sejujurnya, saya tidak pernah terasa hati apabila orang mengulas tentang ketinggian saya. Saya juga tidak pernah rasa rendah diri atau insecure.

 

“Saya membesar dengan kawan-kawan yang suka bergurau dan saling mengusik. Mereka cakap saya pendek, saya terima sahaja kerana itulah hakikatnya. Jadi apabila orang di luar berkata perkara yang sama, saya anggap itu perkara biasa,” katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

Must Watch Video

Advertisement