Skip to main content

Selebriti

"Di Saat Orang Tergilakan Yusry, Dia Tergilakan Lisa Surihani” - Foto Video Call Bersama Raih Pujian Ramai

Bakar isteri

Sekilas

  • Datuk Yusry Halim berkongsi tangkap layar panggilan video bersama isterinya, Lisa Surihani, yang menarik perhatian ramai netizen.
  • Dalam video tersebut, Yusry memakai baju putih dan bertopi manakala Lisa tampil sopan dengan pakaian serba hitam.
  • Lisa kini berada di Tanah Suci menunaikan ibadah haji, manakala Yusry kekal di Malaysia selepas permohonan visa hajinya tidak berjaya.

 

Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mencuri perhatian ramai apabila memuat naik tangkap layar panggilan video bersama isterinya, aktres Lisa Surihani.

Menerusi perkongsian di Threads, Yusry dilihat memakai baju putih dan bertopi, manakala Lisa tampil sopan dalam persalinan serba hitam.

“Assalamualaikum Hajjah,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu nyata meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dan tersentuh melihat kemesraan pasangan berkenaan.

“Di saat orang lain tergila-gilakan Yusry, dia pula tergila-gilakan isterinya. Teruskan update hantaran rindu bini seperti ini.

“Sweetnya Datuk.

“Kecomelan apakah ini.

“Datuk tolonglah, kalau macam ini saya pun tiada,” komen netizen.

Terdahulu, Lisa Surihani berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, manakala Yusry kekal di tanah air selepas rayuannya untuk mendapatkan visa haji musim ini tidak berjaya.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement