Skip to main content

Viral

Anggap Fify Azmi ‘Licik’, Sarah Yasmine Dakwa Dipaksa Untuk Bersama Niezam Zaidi - “Sekarang Awak Buat Macam Saya Yang…”

ASTROGEMPAK Sarah Yasmine

Sekilas

  • Sarah Yasmine dakwa Fify Azmi paksa dia bersama Niezam Zaidi walaupun sudah jelaskan hubungan mereka cuma kawan.
  • Sarah menyesal kerana menjadi tempat luahan Fify dan melayan Niezam dengan buruk atas arahan Fify.
  • Sarah juga dakwa Fify licik dan Niezam sebenarnya mahu kembali kepada Fify, menyebabkan dia terlibat dalam konflik tersebut.

Personaliti media sosial, Sarah Yasmine mendakwa pelakon Fify Azmi memaksanya untuk bersama Niezam Zaidi biarpun sudah berulang kali menegaskan hubungannya dengan aktor itu hanya kawan.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Sarah mengakui dia berasa menyesal menjadi tempat luahan Fify dan bertindak membenci serta melayan Niezam dengan teruk.

 

“Awak paksa saya bersama dengan Niezam walaupun saya dah BERKALI-KALI jelaskan yang saya dan dia cuma kawan sekarang.

 

“Kalau ada pun, masa korang berdua tak bersama tahun lalu, sekarang awak buat macam saya yang rosakkan ‘hubungan’ awak dengan dia.

 

“Keluarkan saya dari semua ni. Saya tak patut balas awak, saya betul sebab buat baik dengan awak, salah saya sebab masih nak buat awak tenang dengan mendengar cerita awak. 

 

“Malah saya sekat dia (Niezam) merata-rata untuk buat awak rasa lebih baik. Saya tak sepatutnya benci atau layan dia teruk sebab awak,” kongsinya. 

Sarah turut memuat naik paparan skrin perbualannya dengan Fify. 

 

Menganggap Fify seorang yang licik, Sarah juga mendakwa Niezam sememangnya mahu kembali kepada pelakon wanita tersebut. 

 

“Kau memang licik sebab buat macam ni pada aku atau Niezam. Dia memang nak kau balik sebab dia sangka kau la orang yang dia boleh percayai seumur hidupnya, dan inilah yang kau buat padanya.

 

“Kemudian heret aku masuk campur. Aku pun CUBA BANTU DIA DAPATKAN KAU KEMBALI, BRO. Beraninya kau buat macam ni pada kami? Aku mula nampak betapa mentalnya kau sebenarnya.

 

“Cakap ada sembang perempuan lain juga tapi post aku sorang dan DP aku sekali sedangkan aku dah cakap jangan dan kau setuju,” jelasnya lagi. 

Ini perkongsian penuh Sarah Yasmine menerusi Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement