Sekilas
- Cik Epal sering menerima mesej daripada wanita yang baru bercerai akibat suami curang dan memberi kata semangat bahawa rasa sedih itu tanda kita masih ada hati.
- Dia menegaskan setiap perpisahan ada hikmah dan jangan putus asa kerana Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baik untuk kita.
- Cik Epal mengingatkan masa kini adalah untuk fokus pada diri sendiri, belajar dari pengalaman dan menjadi lebih kuat serta dekat dengan Allah.
Pempengaruh media sosial, Cik Epal memberitahu dia banyak menerima mesej daripada wanita yang baru sahaja bercerai disebabkan bekas suami berlaku curang.
Menurut Cik Epal, dia hanya mampu memberi kata semangat dengan mengatakan perasaan sedih dan terluka yang dirasai itu menandakan seseorang itu mempunyai hati. perasaan sedih dan terluka yang dirasai itu menandakan seseorang itu mempunyai hati.
“Kadang-kadang aku selalu dapat DM daripada perempuan yang baru bercerai, dapat bekas suami curang atau ibu tunggal nak kata-kata semangat dan sebagainya.
“Ni saja la yang mampu aku jawab. Sebagai manusia, kita memang tak lari daripada rasa sedih, kecewa, terluka dan putus asa. Perasaan itu bukan tanda lemah. Itu tanda kita hidup dan punya hati,” kongsinya.
Kata Cik Epal lagi, setiap apa yang berlaku sudah tentu ada hikmah yang lebih baik.
“Tapi yang paling penting, jangan pernah putus asa dengan Allah. Dalam setiap kehilangan, setiap perpisahan, setiap yang dijauhkan, pasti ada hikmah yang sedang Allah susun.
“Kadang kita tak nampak sekarang, tapi masa akan jadi saksi. Bila seseorang ‘ditarik’ dari hidup kita, mungkin memang peranan dia sudah selesai.
“Dan mungkin juga Allah nak kosongkan ruang itu untuk sesuatu yang lebih baik, lebih tenang, lebih sesuai dengan jiwa kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, Cik Epal memberitahu sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memikirkan diri sendiri.
“Seperti yang disebut dalam Al-Quran: ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu.’ Rahmat Allah itu sangat luas. Dia tak pernah kejam.Yang berlaku mungkin menyakitkan, tapi tidak pernah sia-sia.
“Sekarang bukan lagi tentang orang itu. Sekarang tentang diri awak. Apa yang awak dah belajar, apa yang awak dah sedar, dan bagaimana awak nak jadi lebih kuat, lebih matang, lebih dekat dengan Allah selepas ini.
“Tenang ya. Yang pergi bukan rezeki. Yang kekal itu ketentuan,” ujarnya.
Sumber - Threads