Sekilas
- Pelakon Fazura bakal tampil dengan lagu raya terbaru berjudul Raya Pum Pang Lagi bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.
- Lagu ini adalah versi baru daripada lagu asal Fazura dan Syasya Rizal, Raya Pum Pang.
- Netizen menunjukkan rasa teruja dan memuji kecomelan serta kesedapan lagu versi bersama Fatima.
Pelakon, Fazura meluahkan rasa teruja apabila bakal tampil dengan lagu raya bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi Threads, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin menyiar semula (repost) video memaparkan dirinya bersama Fatima yang sedang melakukan rakaman lagu berjudul Raya Pum Pang Lagi.
Difahamkan, lagu tersebut merupakan lagu asal Fazura bersama penyanyi, Syasya Rizal yang berjudul Raya Pum Pang.
“Nantikan my little star (Fatima) in action,” tulis Fazura ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk mendengar lagu tersebut.
Malah, warganet juga merasakan versi bersama Fatima ini sangat comel dan sedap didengar halwa telinga.
Sumber: Threads