Skip to main content

Selebriti

“Boleh Tak Jangan Panggil Saya Bercapuk…” - Space Dollah

Bakar isteri

Sekilas

  • Space Dollah, abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, menjadi perhatian selepas membalas komen negatif terhadapnya di media sosial.
  • Beliau menolak gelaran 'bercapuk' yang diberikan oleh seorang individu dan memilih digelar 'binatang bermuka zebra' sebagai balasan.
  • Reaksi Space Dollah itu mendapat sokongan ramai yang mengutuk komen tersebut sebagai memalukan dan kurang ajar.

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah mencuri perhatian  ramai selepas meninggalkan komen pada sebuah hantaran seorang individu yang memetik namanya susulan isu pemakaian pelakon dan penyanyi, Bella Astillah  yang tular, baru-baru ini.

Individu tersebut menggelar Space Dollah sebagai ‘bercapuk’ sambil memerlinya kerana pernah menyamakan Bella dengan isteri bekas Perdana Menteri, Siti Hasmah.

Menjawab kenyataan tersebut, Space Dollah memohon agar individu tersebut tidak menggelarkannya dengan gelaran tersebut, sebaliknya lebih sanggup digelar binatang bermuka zebra.

“Boleh tak jangan panggil bercapuk. Saya tak faham. Panggil saya binatang bermuka zebra lagi elok. Terima kasih tuan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menyorot perhatian ramai dengan rata-rata mengecam tindakan individu tersebut dan menyifatkannya sebagai memalukan dan kurang ajar.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement