Skip to main content

Berita

Universiti Malaya Mohon Maaf Isu Adegan Teater Tidak Sopan, Tidak Kompromi Pihak Langgar Peraturan

Astrogempak UM (1)

Sekilas

  • Universiti Malaya (UM) memandang serius isu adegan teater tidak sopan yang tular di media sosial baru-baru ini dan memohon maaf atas kekhilafan tersebut.
  • UM menegaskan setiap persembahan teater perlu dijalankan secara beretika dan bebas daripada unsur negatif serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melanggar peraturan, dan pemantauan akan diperketatkan untuk mengelakkan insiden sama berulang pada masa hadapan.

Universiti Malaya (UM) memandang serius isu yang tular membabitkan adegan persembahan teater yang didakwa tidak sopan di media sosial baru-baru ini.

Pentadbiran universiti itu mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan orang ramai, selain menegaskan, keperluan agar setiap persembahan teater dijalankan secara beretika dan bebas daripada unsur negatif.

“Setiap persembahan perlu mengelakkan sebarang bentuk provokasi termasuk kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan serta moral,” menurut UM dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Kenyataan itu menegaskan, hasil penelitian mendapati adegan yang dipersembahkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan sebelum ini, sekali gus mencetuskan pelanggaran terhadap garis panduan yang ditetapkan.

“Perkara ini jelas merupakan satu pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang telah ditetapkan,” jelas UM lagi

Susulan itu, UM memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

“Pihak universiti tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan,” tambah kenyataan itu.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan adegan teater yang kurang sopan di hadapan khalayak ramai, dipercayai sebahagian daripada persembahan dalam pertandingan Karnival Teater (Karviter) anjuran UM.

Bagaimanapun, persembahan berkenaan telah diputuskan sebagai tidak layak, manakala tindakan susulan kini sedang dijalankan bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan insiden sama tidak berulang pada masa hadapan.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement