Skip to main content

Antarabangsa

Tergelak Ketika Rakam Momen Anak Kencing Tepi ‘Highway’, Pasangan Maut Dirempuh Treler

Maut Dilanggar Treler

Sekilas

  • Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan mereka dirempuh lori treler di lebuh raya Buga-Buenaventura, Colombia pada 19 Disember lalu.
  • Kejadian berlaku ketika mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan anak sulung mereka keluar dari kereta untuk membuang air kecil di bahu jalan.
  • Siasatan awal mendapati kegagalan sistem brek lori treler menjadi punca rempuhan maut tersebut.

Sepasang suami isteri dilaporkan maut selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah lori trelerdi lebuh raya Buga-Buenaventura, Colombia pada 19 Disember lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berhampiran perkampungan Córdoba. 

Disebabkan oleh kesesakan lalu lintas yang terlalu lama, anak sulung kepada pasangan ini mengambil keputusan untuk membuang air kecil di bahu jalan.

Namun, siapa sangka ibu bapanya yang tergelak kecil sambil merakam gelagatnya dari dalam kereta dirempuh sebuah lori treler yang gagal memberhentikan kenderaan.

Rempuhan itu menyebabkan pasangan suami isteri, Lina Marcelo Diaz dan Diego Fernando Suarez tersepit di bawah sebuah lagi lori dan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Lebih memilukan, anak sulung mereka yang berada di bahu jalan sempat berpaling ke arah belakang dan menyaksikan sendiri detik kereta ibu bapanya ranap dirempuh treler.

Sementara itu, siasatan awal mendapati bahawa kegagalan sistem brek lori treler tersebut dipercayai menjadi punca rempuhan maut itu berlaku.

Sumber: Portal NeedToKnow.co

Must-Watch Video

Advertisement