Skip to main content

Selebriti

Sukar Didekati Akibat Status Diri, Sarimah Ibrahim Amalkan Sikap Rendah Diri & Ringan Mulut - "Kadang Saya Pun Takut Nak..."

CP

Pengacara dan pelakon, Che Puan Sarimah ibrahim berkongsi pengalaman dirinya sukar didekati orang kerana memiliki status kerabat diraja.

Sarimah bagaimanapun berkata meskipun persepsi seseorang sukar diatasi namun perkara tersebut boleh dikawal dengan mengamalkan sikap rendah diri dan mudah bergaul.

"Selalu (orang takut mendekati) kemudian saya rasa pelik sebab dulu kan saya mula sebagai pengacara kanak-kanak. Jadi, bila dah lepas kahwin, persepsi orang kadang-kadang lebih kuat daripada realiti.

"Persepsi itulah sebenarnya kadang-kadang kita kena terbuka. Kita kena jumpa orang supaya orang fikir kita macam biasa.

"Kita orang Johor, tak pernah ada istilah menunjuk dan sombong. Tidak boleh, kita kena rileks tapi susah nak mengatasi persepsi orang," katanya kepada Gempak.

Sarimah ditemui ketika pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! Di TGV Cinema Suria KLCC, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon drama Lelaki itu turut menegaskan bahawa pembawakan diri di media sosial turut memainkan peranan penting dalam memberi tanggapan yang baik kepada orang ramai.

"Mungkin cara kita letak diri kita dalam media sosial, gambar yang kita muat naik, hantaran kita letak atau benda kita kongsikan ibarat sebuah 'billboard'.

"Jadi, kadang-kadang benda yang kita kongsi itu yang boleh buatkan orang rasa jauh dengan kita.

"Kadang-kadang saya pun takut nak letak. Tapi apabila fikir balik itulah diri saya sebenarnya, apa salahnya?," ujarnya.

Sebelum ini, aktres, Toh Puan Syamim Freida yang juga isteri kepada kerabat diraja Selangor itu berharap orang ramai termasuk rakan industri seni tidak perlu segan untuk mendekatinya terutama melibatkan hal kerjaya dan pekerjaan.

Luahan tersebut dipercayai dibuat Syamim yang merasakan dirinya sering dijauhi hanya kerana status yang digalas selepas mendirikan rumah tangga.

Must-Watch Video

Advertisement