Skip to main content

Penampilan Andy Teh Berbaju Melayu Buat Ramai Cair, Segak Raikan Syawal

Astro Gempak 341

Sekilas

  • Pelakon Andy Teh mencuri perhatian ramai dengan penampilan segak memakai baju melayu dan mengucapkan Selamat Hari Raya di Instagram.
  • Andy turut meluangkan masa bersama peminat dalam sesi berbuka puasa baru-baru ini.
  • Andy kini membintangi filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan kasih sayang melangkaui batas pertalian darah dan akan ditayangkan mulai 2 April 2026 di Astro First dan platform penstriman sooka.

Penampilan segak pelakon Andy Teh mengenakan busana tradisional, ‘baju melayu’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Andy turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada para pengikutnya sekali gus menerima pelbagai reaksi positif.

Rata-rata netizen memuji penampilan aktor tersebut yang dilihat kacak dalam persalinan tradisional itu.

Bukan itu sahaja, Andy juga dil ihat meluangkan masa bersama peminat apabila menghadiri sesi berbuka puasa baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Andy kini tampil menerusi filem Abah Saya, Uncle Mike yang menyentuh hati dan mengangkat tema kasih sayang melangkaui batas pertalian darah.

Filem terbitan Astro Shaw itu boleh mula ditonton bermula 2 April 2026 menerusi Astro First saluran 480, On Demand serta platform penstriman sooka.

Diinspirasikan daripada kisah benar, naskhah arahan Ezrie Gazali tersebut mengisahkan seorang lelaki berbangsa Cina, Michael Tong Wai Siong atau dikenali sebagai Uncle Mike yang membesarkan tiga anak Melayu seperti darah dagingnya sendiri.

Filem tersebut turut menyelami perjalanan emosi Uncle Mike bersama tiga beradik yatim piatu iaitu Rafei, Rasyid dan Rahman selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must-Watch Video

Advertisement