Seorang pengguna di Threads menyeru agar penerbit dan pengarah tempatan memberi lebih perhatian kepada pelakon berbakat, Dayang Areeda dalam industri seni tanah air.
Menurutnya, dia berasa sedikit terkilan apabila Dayang sering diberikan watak sampingan, sedangkan kemampuan lakonannya jauh lebih besar daripada itu.
"Apa kata pengarah dan penerbit yang ada kat Malaysia ni naikkan Dayang Areeda pula. Saya tahu dia dah makin dikenali tetapi watak yang dia dapat lebih banyak kepada watak pembantu. Dia bagus tau. Semua watak dia menjadi,"tulisnya individu berkenaan.
Dalam hantaran sama, individu itu turut menyenaraikan beberapa drama yang pernah dibintangi Dayang, antaranya:
1. Buang Segala Tentang Dia (watak baik)
2. Opss! Terpikat Cik Sombong (watak baik tapi berlagak)
3. Derita Untuk Bahagia (antagonist)
5. PA Encik Monster (komedi)
6. Kekasih Paksa Rela (antagonist)
7. Di Hujung Ranting (antagonist)
8. Banduan (watak baik)
Dalam perkembangan lain, Dayang turut muncul menerusi filem Banduan sebagai salah seorang pelakon sampingan.
Filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.
Karya arahan Kroll Azry ini merupakan adaptasi daripada filem pecah panggung India, Kaithi, dan mula ditayangkan sejak 6 November lalu.
Filem aksi tersebut mengisahkan seorang banduan yang membantu pihak polis menumpaskan sindiket dadah dalam satu misi berbahaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu anak perempuannya.