Skip to main content

Selebriti

Rembayung Jadi Tumpuan Pengunjung Luar Negara, Khairul Aming ‘All Out’ Persiapan Terakhir - "Setiap Hari Buat..."

Khairul Aming rembayung

Usahawan dan pemilik Rembayung, Khairul Aming mendedahkan kedai miliknya menerima kunjungan tetamu setiap hari dari pelbagai tempat termasuklah dalam dan luar negara.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah dan bergambar meskipun restoran tersebut masih belum dibuka.

"Setiap hari ramai yang singgah ambil gambar depan Rembayung dari pagi sampai malam. Ada yang datang dari Shah Alam, Penang, Sarawak malah ada juga yang ramai datang dari Brunei dan Singapura. Terima kasih semua," ujarnya.

Dalam masa sama, Khairul turut memohon maaf kerana telah lama menyepi selepas membuat pemgumuman pembukaan Rembayung pada 9 Disember lalu.

Menurutnya, pihaknya kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan akhir sebelum restoran berkenaan mula beroperasi.

"Maaf lama sikit menghilang lepas pengumuman hari itu sebab tengah 'all out' buat persiapan terakhir dengan ahli kumpulan.

"Setiap hari buat latihan dan simulasi untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Kita akan umumkan pembukaan tidak lama lagi sebaik sahaja semua dah bersedia," jelasnya.

Terdahulu, Khairul mengejutkan ramai apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya ‘Rembayung’ yang dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Khairul Aming berkata, projek tersebut adalah antara pelaburan terbesar pernah dilakukannya sepanjang bergelar usahawan dan menelan kos sehingga RM4 juta.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement