Skip to main content

Antarabangsa

Ratusan Jemaah di Makkasar Tunai Solat Aidilfitri, “Ya Betul Telah Ada yang Lebaran Hari Ini…”

Raya Indonesia

Sekilas

  • Jemaah Tarekat Naqsyabandiyah di Makassar, Indonesia, telah menyambut Aidilfitri lebih awal pada 19 Mac 2026 berdasarkan kiraan kalendar tarekat mereka.
  • Solat Aidilfitri diadakan secara aman dengan pengawasan polis dan diikuti oleh sekitar 100 jemaah di kawasan perumahan.
  • Tarikh Aidilfitri berbeza di Indonesia mengikut kelompok, dengan pemerintah dan Muhammadiyah menetapkan sambutan pada 20 atau 21 Mac 2026.

Pada saat umat Islam di Malaysia masih menantikan tarikh sebenar tanggal Lebaran 2026 mengikut penampakan anak bulan, ratusan jemaah Tarekat Naqsyabandiyah di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia telah pun menyambut Aidilfitri.

Pengikut jemaah tersebut menyambut Aidilfitri pada 19 Mac 2026 (Khamis) dan selamat melaksanakan solat Aidulfitri 1447 Hijrah di tempat letak kereta di sebuah kawasan perumahan.

"Iya betul, sudah ada yang lebaran (hari ini)," kata Kapolsek Tamalanrea, Kompol Muhammad Yusuf  kepada CNNIndonesia.com.

Solat Aidilfitri yang disertai sekitar 100 jemaah Naqsabandiyah itu berjalan aman kerana diawasi oleh pihak polis.

Mengikut pemahaman pengikut, penentuan 1 Syawal dibuat melalui kiraan kalendar tarekat dan Kitab Munjid. Ia merupakan tradisi turun-temurun jemaah Naqsyabandiyah untuk memulakan puasa dan raya lebih awal.

Terdahulu, jemaah Tarekat Naqsyabandiyah di beberapa kawasan, khususnya di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia, menyambut Aidilfitri pada hari Rabu, 18 Mac 2026. Mereka memulakan puasa Ramadan pada 16 Februari 2026 dan telah menyempurnakan puasa selama 30 hari berdasarkan kaedah hisab dan rukyah

Jika mengikut pemerintah Indonesia, republik itu akan mencerap anak bulan pada petang ini untuk menentukan 1 Syawal jatuh pada 20 atau 21 Mac 2026.

Namun bagi pengikut Muhammadiyah, mereka akan meraikan Aidilfitri pada Jumaat atau 20 Mac.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Must-Watch Video

Advertisement