Sekilas
- Norreen Iman menafikan video tular yang disunting itu adalah dirinya dan berterima kasih kepada yang mengambil berat tentangnya.
- Dia menjelaskan kenyataan 'lapar' di mahkamah adalah benar-benar kerana lapar dan tiada maksud lain.
- Norreen berharap orang ramai menghormati privasinya dan tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai kehidupan peribadinya.
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman, tampil menjelaskan kenyataannya di mahkamah baru-baru ini susulan video dirinya yang disunting dan tular di media sosial.
Menurut Norreen, dia terkejut melihat ramai yang mengambil berat tentang dirinya, namun menegaskan video tersebut bukanlah daripadanya.
"Hari ini buka sosial media, terkedu. Faham ramai yang risaukan saya, terima kasih. Saya sendiri pun tak buat video seperti itu. Itu bukan saya.
"Aku okay tapi bila lihat video orang edit, dengan aku pun rasa sedih. Aku nak kena menangis ke ni,"katanya.
Dalam masa sama, Norreen turut menjelaskan kenyataannya mengenai ‘lapar’ ketika berada di mahkamah sebelum ini tidak membawa maksud lain, sebaliknya dia benar-benar lapar pada waktu itu.
"Ingin juga saya jelaskan jawapan saya 'saya lapar sahaja sekarang ini' itu sebab saya memang betul-betul lapar,"ujarnya.
Pelakon filem Mikael: Pemburu Dua Alam itu turut menegaskan dia tidak perlu memberi penjelasan lanjut mengenai kehidupan peribadinya dan berharap orang ramai menghormati privasinya.
"Saya tak perlu jelaskan apa-apa tentang kehidupan saya. Saya harap orang ramai hormat keputusan saya untuk biarkan hal peribadi saya kekal privasi.
"Terima kasih atas doa dan nasihat yang menjentik hati. Saya sangat menghargainya. Tanpa korang siapalah saya, Jangan noya,"tulisnya lagi.