Sekilas
- Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail Aziz, menekankan pentingnya keseriusan dan fokus ketika bekerja di set penggambaran.
- Mereka mengelak bergelak sakan di set kerana menghormati krew dan memastikan tugasan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
- Sikap profesional ini juga menjadi salah satu sebab mereka berkahwin dan menjaga kualiti kerja demi keluarga dan anak-anak.
Pelakon, Nad Zainal menegaskan dia dan suaminya, Ungku Ismail Aziz amat menitikberatkan keseriusan ketika berada di set pengembaraan.
Menerusi perkongsian di Threads, Nad berkata mereka tidak gemar bergelak sakan ketika bekerja kerana menganggap setiap tugasan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh memandangkan mereka telah dibayar.
"Asyik gelak bila nak balik? Orang bayar tapi kita main-main pula. Kesian dekat krew. Nak gelak-gelak buat sebelum masuk set. Laki bini kena all out,"tulisnya.
Dalam masa sama, Nad berkata sikap itu juga antara sebab mereka berkahwin kerana berkongsi prinsip yang sama iaitu fokus pada kerja dan menjaga kualiti.
"Saya rasa sebab itu juga kami kahwin. Kami sejenis buat hal sendiri dan masuk set tak boleh lagi main-main ya. Lagipun anak menanti di rumah. Ada satu hari itu kami bawa anak-anak di set. Jadi, mereka faham sahaja mak ayah mereka tengah kerja. Itu pun sejam sahaja,"ujarnya.
Tambahnya, Nad berkata suaminya turut kurang selesa dengan sikap segelintir individu yang suka bergelak sambil bertepuk tampar, dan dia sendiri juga berasa rimas dengan perlakuan sedemikian.
"Laki saya ni jenis tak suka perempuan sikit-sikit nak gelak bertepuk tampar. Saya pun rimas. Kami nak siapkan kerja dan jumpa anak sahaja. Jadi, kita perform. Habis scene sahaja ada Waktu kami tidur. Waktu makan, kami memang makan dan Waktu berseronok, kita berseronoklah," kongsinya.