Skip to main content

Hiburan

Uyaina Arshad Puji Jalan Cerita Amira Amir, Saran Orang Ramai Untuk Tonton - “Part Mandi Jenazah Tu Memang Heartbreaking”

Uyaina Arshad

Sekilas

  • Uyaina Arshad memuji jalan cerita dan skrip filem Amira Amir yang mengangkat tema transgender dengan cara yang berani dan menyentuh hati.
  • Beliau turut memuji lakonan hebat Sophia Albarakbah, Zahiril Adzim, dan Fezrul Khan dalam filem tersebut.
  • Amira Amir kini boleh ditonton secara eksklusif di Astro First dengan harga RM15 untuk tontonan selama 48 jam.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memuji jalan cerita filem yang mendapat sambutan hangat ketika ini iaitu Amira Amir.

Menerusi ciapan Threads, Uyaina bukan sahaja kagum dengan jalan cerita yang dianggap sebagai berani malah turut memuji penulisan skrip yang berjaya menyentuh hati penonton.

“Baru lepas tengok cerita Amira Amir di Astro First. Skrip ni bagus. Cerita pasal transgender yang berkawin dengan lelaki dan lelaki tu tak tahu pun dia kawin dengan lelaki.

“Kesian, menongkah agama dan menyalahi undang-undang. I wonder berapa banyak kisah benar yang terjadi macam ni jugak. Part nak mandi jenazah tu memang heartbreaking,” ciapnya.

Mengakhiri ciapan, Uyaina yang turut memuji lakonan hebat pelakon menyarankan orang ramai untuk menonton filem ini.

“Selain Sophia Albarakbah dan Zahiril Adzim punya lakonan yang sangatlah bagus, Fezrul Khan pun patut diberi pujian. Power semuanya.

Pergi tonton,” tulisnya lagi.

Amira Amir sudah mula ditayangkan secara eksklusif di pawagam rumah anda, Astro First bermula 26 Februari yang lalu.

Seiring dengan mesej ramadan Astro tahun ini iaitu ‘Bila Bersama Lagi Jadi’, filem ini lebih menarik dinikmati bersama insan tersayang secara beramai-ramai apabila melanggan dengan hanya satu harga, iaitu RM15 di platform Astro dan sooka dalam tempoh 48 jam.  

Astro First Eksklusif menjanjikan pengalaman pawagam di rumah anda yang premium dengan kualiti visual dan audio yang mengasyikkan, di samping fleksibiliti menonton mengikut masa sendiri.

Sumber: Threads Uyaina Arshad

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement