Skip to main content

Selebriti

Muak Dengan Drama Yang Sama, Pempengaruh Terkilan Nama Terpalit Dengan Isu Mia Sara - "Amboi Sukanya Buat Macam Saya Yang Jahat"

Dee

Sekilas

  • Dina Nizam menafikan sebarang kaitan dengan isu tular yang melibatkan Mia Sara dan Putri Balqis serta menegaskan dia tidak mahu terlibat dalam drama tersebut.
  • Dina meluahkan rasa kecewa kerana sering dipersalahkan tanpa sebab dan berjanji akan mendedahkan siapa yang mengganggu ketenangan hidupnya.
  • Isu ini bermula apabila Putri Balqis menuduh Mia Sara memburukkan dirinya dan ibunya serta menuduh Mia cuba meraih simpati dengan menangis di hadapan media.

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Dina Nizam meluahkan rasa terkilan apabila dirinya terpalit dengan isu yang tular melibatkan pelakon, Mia Sara dan aktres, Putri Balqis.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Dina atau lebih dikenali sebagai Dee berkata dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan pelaku yang cuba mengganggu ketenangan hidupnya.

"saya baru bangun dan terima banyak sangat mesej. Saya ni punya lah dah lama tak aktif di media sosial, amboi sukanya buat macam saya yang jahat.

"Kalau awak tiada benda baik nak cakap, baik awak diam sahaja. Saya jenis yang tak kisah nak dedah muka orang yang menggangu ketenangan saya.

"Saya tak mahu ambil tahu drama orang lain. Jadi, tolong jangan sibuk hal orang lain dan biar saya hidup tenang. Sangat muak dengan drama yang sama," tulisnya.

Dalam masa sama, Dee menegaskan bahawa dirinya tiada kaitan dengan isu tular tersebut dan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan padanya.

"Tolong sedar yang semua perkongsian saya tiada kaitan dengan apa yang tular baru-baru ini di Threads.

"Untuk sesiapa yang cakap saya ada cakap pasal dia atau komen mengenai dia. Itu tidak benar. Saya tak bercakap pun dengan dia. Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini," ujarnya.

Terdahulu, Puteri Balqis meluahkan rasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.

Malah Aqish mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.
 

Must-Watch Video

Advertisement