Skip to main content

Berita

“Ini Salah, Biadap Dan Kejam!” – Mek Yun Hilang Sabar Lihat Video CCTV Taska, Gesa Pengasuh Tak Berakal Dikenakan Hukuman Penjara

hgui

Sekilas

  • Mek Yun meluahkan kemarahan terhadap pengasuh yang didakwa mendera bayi di sebuah taska selepas rakaman CCTV kejadian tular di media sosial.
  • Beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam memilih pengasuh kerana kepercayaan boleh dikhianati.
  • Polis telah menahan seorang suspek pengasuh untuk siasatan kes penderaan bayi berusia enam hingga sembilan bulan di Desa Petaling.

Pempengaruh media sosial, Mek Yun meluahkan rasa berang terhadap seorang pengasuh yang didakwa tergamak mendera bayi. 

Luahan itu dibuat selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah taska yang memaparkan layanan kasar terhadap kanak-kanak. tular di media sosial. 

Menurut Mek Yun, perbuatan mendera bayi yang tidak berdaya mempertahankan diri adalah satu tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Tak boleh terima langsung bila ada pengasuh yang tak berperikemanusiaan macam ni. Macam mana boleh ada hati nak dera bayi yang tak berdosa, yang tak boleh bersuara dan tak boleh melawan?

“Ini salah, biadap dan kejam,” katanya menerusi satu hantaran di Thread.

Dalam pada itu, Mek Yun turut menasihatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam memilih pengasuh untuk anak-anak mereka, memandangkan kepercayaan yang diberikan boleh dikhianati.

“Semua ibu bapa, tolong berhati-hati bila nak pilih pengasuh. Sekarang ni, pengasuh pun dah tak boleh dipercayai,” ujarnya.

fgfg

Mek Yun turut menggesa agar pengasuh yang terlibat dikenakan hukuman setimpal tanpa sebarang kompromi.

“Ini langsung tak boleh diterima. Saya harap semua pengasuh yang kejam dan tak berakal ni dikenakan hukuman setimpal dan dipenjarakan. Tiada alasan,” tegasnya.

Terdahulu, seorang wanita meluahkan kemarahan selepas menemui kesan lebam pada tubuh anaknya yang berusia enam bulan, dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh pengasuh di sebuah taska.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Liyanazulkifli, rakaman CCTV taska tersebut dikongsikan kepada umum dan memaparkan pengasuh mengendalikan beberapa bayi dalam keadaan kasar.

Susulan kejadian itu, polis mengesahkan seorang suspek yang juga pengasuh taska telah ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan membabitkan bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan di sebuah taska di Desa Petaling.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement