Sekilas
- Korie tersingkir pada minggu keenam Gegar Vaganza musim ke-12 selepas menyanyikan lagu Belum Siap Kehilangan.
- Nubhan menduduki tempat pertama minggu ini, diikuti Krisya dan Mendua di tempat kedua dan ketiga.
- GV12 akan bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam mulai 2 November 2025 di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) menyaksikan Korie sebagai bintang yang tersingkir di minggu keenam.
Menyanyikan lagu Belum Siap Kehilangan, Korie akur dengan keputusan tersebut.
"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak juri dan ini pun lebih dari apa yang saya harapkan," katanya
Minggu ini juga menyaksikan Nubhan berjaya meraih kedudukan tempat pertama sementara Krisya dan Mendua di tempat kedua serta ketiga.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.