Skip to main content

Hiburan

“Hati Yang Tenang Simpan Segalanya, Takut Jadi Beban…” - Raih Keputusan Cemerlang SPM, Luahan Hati Maria Danisha Tarik Perhatian

ASTROGEMPAK Maria Danisha

Sekilas

  • Maria Danisha Hakim, anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, berkongsi luahan hati di TikTok tentang usaha dan kepedihan yang tersembunyi tanpa disedari orang lain.
  • Dia menekankan bahawa walaupun usaha yang paling senyap membawa kesakitan, ia tetap patut dihargai dan diraikan.
  • Wargamaya memberikan ucapan tahniah atas kejayaan Maria mendapat 8A dalam peperiksaan SPM serta sokongan untuk masa depannya.

Perkongsian anak ketiga kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim di TikTok mengundang pelbagai reaksi wargamaya. 

 

Menerusi hantaran tersebut, Danisha meluahkan isi hati yang menyentuh perasaan mengenai usaha dan kepedihan yang dipendam tanpa diketahui orang sekeliling.

 

“Hati yang tenang menyimpan segala-galanya di dalam, takut menjadi beban, terus mencuba berulang kali tanpa dilihat, menunggu seseorang menyedari usaha itu.

 

“Dan apabila saatnya akhirnya tiba, perhatiannya hilang, tiada kata-kata yang diucapkan, tiada rungutan yang dibuat, tetapi usaha yang paling senyap pun membawa begitu banyak kesakitan, dan ia masih patut dilihat, dirasai, dan diraikan,” tulisnya.

 

Luahan itu mendapat perhatian wargamaya yang turut berasa sebak selain mengucapkan tahniah atas keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

“Kita memang tak kenal each other tapi nak ucap ‘Congratulations Maria Danisha dapat result SPM 8A’ hard work paid off… semoga segala urusan you dipermudahkan dan diberkati Tuhan.

 

“Adik! Congratulations… jangan sedih-sedih, kami nampak effort awak dan bangga dengan awak. Lepas ni sambung belajar tau. Kamu nak tengok awak berjaya. Whatever you do in future kami support

 

“Congrats for 8A! You’re so smart and i’m proud of you,” komen beberapa wargamaya. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

(Refine by Lovito) Cute Blouse Lace Ruffle Spring/summer White Blouse for Women LR32A038 (Refine by Lovito) Blaus Comel Renda Ruffle Musim Bunga/panas Blaus Putih untuk Wanita LR32A038

(Refine by Lovito) Cute Blouse Lace Ruffle Spring/summer White Blouse for Women LR32A038 (Refine by Lovito) Blaus Comel Renda Ruffle Musim Bunga/panas Blaus Putih untuk Wanita LR32A038

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Must-Watch Video

Advertisement