Skip to main content

Selebriti

Festival Ramadan Putrajaya 2026 Kembali Meriah! Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani Edar 300 Kotak Susu & Terima Lawatan Hannah Yeoh

WhatsApp Image 2026 02 25 at 10.22.59 AM

Sekilas

  • Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani, program realiti drama masakan pertama di Malaysia, menerima kunjungan YB Puan Hannah Yeoh semasa pelancaran Festival Ramadan Putrajaya 2026.
  • Program ini membawa konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’ dengan menu yang berubah setiap hari di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3, membolehkan pengunjung rasa menu sama seperti dalam rancangan.
  • Musim kedua Dapur Goodday menampilkan watak Inspektor Sani dari Polis Evo dan disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan di Astro Ria dan Astro GO.

Bazar program realiti drama masakan pertama di Malaysia iaitu Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Puan Hannah Yeoh pada Isnin lepas ketika majlis pelancaran Festival Ramadan Putrajaya 2026.

Dalam lawatan tersebut, YB Puan Hannah Yeoh bersama barisan selebriti dari Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani seperti Zizan Razak, Isyariana, Saiful Apek dan Fauzi Nawawi turut mengedarkan 300 kotak susu tajaan Goodday kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan dan memeriahkan lagi sambutan festival.

Dengan membawa konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’, Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani memberi peluang agar penonton dapat merasai sendiri menu yang sama di dunia sebenar dengan menjual menu masakan dalam program tersebut di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3.

Lebih unik, menu di bazar akan berubah setiap hari mengikut hidangan istimewa yang diadun dengan susu Goodday yang disiarkan dalam program, menjadikan pengalaman Ramadan lebih interaktif dan segar buat pengunjung.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa teruja dengan Dapur Gooday musim kedua ini memandangkan program tersebut menampilkan skala dan pendekatan yang lebih dinamik daripada musim sebelumnya.

“Menerusi kerjasama berterusan bersama Goodday, kami membawa kelainan dengan mengetengahkan watak ikonik Inspektor Sani daripada filem pecah panggung Polis Evo sebagai teraju penceritaan, sekali gus menyuntik elemen drama, komedi dan kulinari dalam satu format hiburan yang lebih segar dan menghiburkan.

"Tahun ini juga menyaksikan kami memperluaskan pengalaman program ke Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya, bagi merealisasikan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’ secara lebih menyeluruh dan imersif, di mana kandungan di skrin diterjemahkan kepada pengalaman sebenar yang boleh dinikmati orang ramai.

"Kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Goodday atas sokongan dan kerjasama berterusan yang menjadi pemangkin utama dalam menjayakan inisiatif unik ini," ujarnyaa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria, setiap hari sepanjang Ramadan, 5.30 petang, serta platform Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiInspektorSani #GempakOriginalSeries #GooddayMilkMY #DariSkrinKePinggan di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads, Facebook akaun Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Must-Watch Video

Advertisement