Skip to main content

Viral

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Macam-Macam Ragam! Kali ini Chao Tolong Inspektor Sani Masak Nasi Dagang Ikan Tongkol dan Burnt Cheesecake

Micheal Ang

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod ke-19 menampilkan menu Nasi Dagang Ikan Tongkol dan Burnt Cheesecake Goodday.
  • Resipi lengkap kedua-dua hidangan menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama dan dikongsi secara terperinci dalam episod tersebut.
  • Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kesembilan belas yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Chao (Micheal Ang) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Dagang Ikan Tongkol dan Burnt Cheesecake Goodday.

Drama apa yang akan terjadi antara Chao dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI DAGANG IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:
500g Ikan tongkol (potong sederhana, cuci bersih)
1 cawan    Susu Goodday Full Cream
1 cawan    Santan
100ml Air
1 Sudu besar Halba
1 sudu besar Serbuk ketumbar              
3 sudu besar Serbuk kari ikan
1 sudu besar Kerisik

Bahan Kisar:
2 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
1 inci Halia 
1 inci Lengkuas 
2 Inci Kunyit hidup
5 biji Cili merah
3 biji Cili padi

1 sudu besar Gula
1 sudu kecil Garam (atau secukup rasa)
1 sudu besar Air asam jawa

NASI DAGANG
Bahan Nasi:
2 cawan Beras biasa
½ cawan Beras pulut
2 sudu besar Beras merah
½ cawan Air
1 cawan Susu Goodday Full Cream
1 sudu kecil Garam
1 sudu besar Gula
2 helai Daun pandan

CARA PENYEDIAAN:

Cara masak kuah:
1.Tumis bahan kisar sehingga garing.
2.Kemudian tumis pula halba, serbuk ketumbar, serbuk kari ikan dan kerisik sehingga wangi dengan api perlahan.
3.Masukkan susu, santan, dan air. Didih seketika sehingga pekat.
4.Perisakan dengan garam, gula, air asam jawa dan kerisik.
5.Masukkan ikan tongkol dan didih sehingga ikan cukup masak.
6.Hidang.

Cara Masak Nasi:
1.Basuh & rendam semua beras selama 30 minit. Tapis.
2.Campur semua bahan di dalam satu bekas.
3.Kukus sehingga masak.
4.Gaul sekali sekala ketika memasak untuk hasil yg lebih sekata.
5.Hidang.

#2 BURNT CHEESECAKE GOODDAY

BAHAN-BAHAN:
250g Cream cheese (suhu bilik)
200ml Susu Goodday Full Cream
¼ cawan Butter (cairkan)
½ cup Gula kastor
2 biji Telur A (suhu bilik)
1 sudu kecil Esen vanila
2 sudu besar Tepung gandum (diayak)

CARA PENYEDIAAN:

1. Sediakan Adunan
- Pukul cream cheese + gula kastor hingga lembut & sebati.
- Masukkan telur satu persatu, pukul perlahan supaya tidak berbuih.
- Masukkan susu Goodday + esen vanila, kacau rata.
- Masukkan tepung multipurpose, kacau perlahan hingga smooth.

2. Sediakan Acuan
- Sapukan sedikit mentega / minyak pada acuan bulat 20cm.
- Lapik dengan kertas minyak jika mahu mudah keluarkan cheesecake.

3. Bakar Cheesecake
- Panaskan oAdun180°C.
- Tuang adunan ke dalam acuan.
- Bakar selama 30 minit sehingga permukaan perang & sedikit caramelized.
- Cheesecake akan sedikit goyang di tengah, itu normal.
Sejukkan 30 minit sebelum potong.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
 

Anda mungkin berminat dengan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Must-Watch Video

Advertisement