Skip to main content

Kpop

Lisa Blackpink Gembira Dapat Melawat Punch, Siap Bawa Patung Orang Utan

Lisa blackpink baby monkey punch

Sekilas

  • Lisa dari Blackpink tular selepas berkongsi momen manis melawat Punch di Zoo Jepun.
  • Lisa membawa patung Orang Utan yang sama seperti milik Punch dan menunjukkan patung itu kepada monyet tersebut dengan senyuman.
  • Punch menjadi sensasi global kerana sering memeluk patung Orang Utan sebagai peneman selepas ditinggalkan ibunya.

Anggota kumpulan K-Pop terkenal Blackpink iaitu Lisa mendapat perhatian peminat selepas berkongsi momen manis ketika melawat monyet yang tular di media sosial iaitu Punch di Jepun.

Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, Lisa atau Lalisa Manoban dilihat begitu gembira dapat ‘bertemu’ Punch di Zoo walaupun berada pada jarak yang jauh.

Lebih istimewa lagi, Lisa juga dilihat hadir dengan membawa patung Orang Utan yang sama seperti dimiliki Punch.

Momen comel berlaku apabila Lisa kemudiannya menunjukkan patung tersebut kepada Punch sambil tersenyum riang.

Perkongsian itu juga ternyata membuatkan peminatnya berasa terharu melihat Lisa sudi hadir untuk melihat sendiri keadaan Punch.

Untuk info, Punch merupakan seekor anak monyet yang menjadi sensasi global selepas kisahnya tular di media sosial.

Punch mendapat perhatian ramai kerana sering memeluk patung orang utan sebagai peneman buat dirinya.

Patung tersebut diberikan oleh penjaga Zoo berkenaan untuk menenangkan Punch yang ditinggalkan oleh ibunya.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement