Skip to main content

Berita

Azizulhasni Awang Raih Gangsa Acara Pecut! Tewaskan Pelumba Isra*l

Azizulhasni kalahkan israhell

Sekilas

  • Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth.
  • Beliau menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
  • Ini adalah pingat kedua Azizulhasni selepas memenangi emas dalam acara keirin sehari sebelum itu.

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menutup kempennya di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia dengan meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Speed Dome, pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Ini merupakan pingat kedua pelumba berusia 38 tahun itu selepas meraih emas dalam acara keirin semalam.

Terdahulu hasrat Mohd Azizulhasni untuk mara ke final acara pecut individu tidak kesampaian apabila tumpas kepada pelumba Britain, Matthew Richardson 2-0 pada aksi separuh akhir.

Richardson kemudiannya dinobatkan juara acara itu selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas pelumba Australia Leigh Hoffman pada aksi final.

Sumber: Bernama

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement