Skip to main content

Selebriti

Bukan Mudah Bergelar Anak Seni, Nad Zainal Dedah Penampilan Sering Jadi Perhatian - "Kena Kuku Pendek, Pakai Make-Up..."

nad zainal

Sekilas

  • Nad Zainal berkongsi rasa terkilan apabila sering dinilai berdasarkan penampilan oleh orang ramai walaupun dia sudah reda dengan situasi itu.
  • Pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu menegaskan bahawa menjadi figura dikenali bukan mudah kerana setiap tindakan dan penampilan sentiasa diperhatikan.
  • Dia menegaskan isu pendidikan anak-anak lebih penting untuk diberi perhatian berbanding fokus kepada rupa paras artis atau pempengaruh dalam setiap perkongsian.

Bergelar anak seni bukanlah sesuatu yang mudah buat pelakon, Nad Zainal yang meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir individu yang gemar menilai penampilan orang lain.

Menerusi perkongsian di Threads, Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia sering menerima pelbagai komen dan permintaan daripada orang ramai.

Namun, aktres drama Bahagia Yang Tertangguh itu tetap akur dan reda memandangkan dirinya dikenali ramai.

"Nad kena kuku pendek, pakai make-up sahaja lawa, Nad tu dulu begitu. Dah dia buat itu ini.

"Bukan mudah ya kawan-kawan kalau nak jadi orang yang dikenali habis semua orang nak teliti. Kena reda," tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengecewakan  apabila setiap kali dia cuba berkongsi mengenai pendidikan anak-anak, perkara yang menjadi tumpuan terlebih dahulu adalah rupa paras artis atau pempengaruh.

Menurutnya, isu pendidikan sepatutnya diberi perhatian serius memandangkan sistemnya yang kerap berubah dan semakin merisaukan.

"Bila sebut tentang pendidikan anak-anak atau pelancaran aplikasi Gergasi semua sibuk nak lihat kuku, kulit, hidung pempengaruh dan artis.

"Saya lebih risaukan sistem Pendidikan yang kerap berubah, macam perubahan cuaca ini," ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement