Skip to main content

Berita

Berang Isteri Dirawat Doktor Lelaki, Suami Nekad Cerai Isteri Hamil

IMG 2445

Sekilas

  • Seorang lelaki di China mahu menceraikan isterinya yang hamil selepas kecewa kerana isterinya diperiksa oleh doktor lelaki di hospital.
  • Lelaki itu bertindak kecoh dan menghentak kepalanya sendiri di dinding hospital sambil menyatakan tidak boleh terima doktor lelaki memeriksa bahagian intim isterinya.
  • Hospital menjelaskan pemeriksaan dilakukan dengan kehadiran kakitangan wanita dan doktor hanya fokus merawat pesakit tanpa mengira jantina.

Seorang lelaki di China menyatakan hasrat untuk menceraikan isterinya yang hamil selepas berasa kecewa apabila wanita itu diperiksa oleh doktor lelaki.

Menurut laporan portal berita South China Morning Post, satu video tular di media sosial memaparkan lelaki dari wilayah Jilin tersebut membuat kecoh di sebuah hospital bersalin dengan menghentak kepalanya sendiri pada dinding.

Dia bertindak demikian kerana berasa marah apabila mendapat tahu bahawa isterinya diperiksa oleh doktor lelaki.

“Seseorang telah melihat bahagian intimnya. Saya tidak boleh menghadapi keadaan ini, saya akan menceraikannya,” kata lelaki tersebut dalam video itu.

Kakitangan hospital cuba menenangkan lelaki itu dan memintanya duduk di atas kerusi roda serta memberinya bantuan oksigen agar dia kembali tenang.

Seorang pegawai hospital memberitahu media bahawa seorang kakitangan wanita turut hadir sepanjang pemeriksaan dijalankan.

“Adalah menjadi perkara biasa untuk bertemu dengan pakar bius lelaki atau pakar bedah lelaki apabila anda melawat hospital kami.

“Doktor tidak peduli tentang jantina anda, mereka hanya fokus untuk merawat anda,” katanya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pegguna media sosial.

Sumber: Kosmo! Online


 


 

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement