Skip to main content

Selebriti

Berada di Madinah Tunai Umrah, Lan Solo: “Mekah & Madinah Masih Seperti Biasa”

Bakar isteri

Sekilas

  • Penyanyi Lan Solo berkongsi bahawa beliau dan keluarga selamat tiba di Madinah untuk menunaikan umrah walaupun situasi tegang di Timur Tengah.
  • Perjalanan dari Mekah ke Madinah menggunakan tren berjalan lancar, namun ada jemaah Malaysia yang terkandas kerana penerbangan dibatalkan.
  • Lan memohon doa agar urusan jemaah umrah dipermudahkan dan selamat, sementara beberapa jemaah lain dilaporkan terkandas akibat penutupan ruang udara di Asia Barat.

Penyanyi Lan Solo yang kini berada di Madinah dalam rangka menunaikan umrah bersama keluarga memberi informasi terkini tentang keselamatan mereka di sana.

Menerusi perkongsian di akaun media sosial Instagram miliknya, Lan memberitahu baru sampai ke Madinah dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah kami sudah selamat sampai di Madinah dan baru selesao Zohor di sini, Masjid Nabawi.

“Untuk update, Mekah dan Madinah masih seperti biasa, masing-masing sibuk dengan urusan ibadah,” tulisnya pada gambar dia dan keluarga di dalam kawasan Masjid Nabawi.

Perkongsian tersebut menarik perhatian dan secara tidak langsung membawa khabar baik buat jemaah yang sedang menunaikan umrah selepas  konflik peperangan antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran yang memuncak sejak Sabtu.

Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof juga melanjutkan perkongsian dengan memaklumkan perjalanan dari Mekah menuju Madinah pada sehari sebelum juga tiada masalah.

“Sebab kami guna tren untuk ke Madinah. Lapangan terbang Jeddah atau Madinah saya tidak pasti. Cuma ada terjumpa dengan jemaah Malaysia yang tidak dapat balik sebab penerbangan tidak boleh terbang katanya,” kongsi Lan lagi.

Menutup perkongsian, Lan memohon agar semua umat Islam memanjatkan doa buat Timur Tengah yang sedang tegang sekaligus tidak menjejaskan urusan semua jemaah.

“Semoga urusan perjalanan pergi dan pulang dipermudahkan serta selamat,” tutupnya.

Menerusi penelitian Gempak, Lan bersama isteri, Nur Sheila Hassim serta tiga anak mereka berangkat menunaikan umrah sejak 13 Februari lalu.

Sementara itu atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan tidaj dapat pulang ke Malaysia selepas menunaikan umrah bersama keluarga kerana penutupan ruang udara di beberapa negara Asia Barat.

Terdahulu, media melaporkan 55 jemaah di bawah kendalian sebuah agensi yang menawarkan pakej umrah terkandas di Jeddah selepas penerbangan asal mereka pada awal pagi Sabtu dibatalkan.

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must-Watch Video

Advertisement