Skip to main content

Selebriti

Dapur Bapak-Bapak Buat Datuk Jalal Pening Kepala - “Tok Ram & Chef Wan Pandai Masak, Saya Pula Tidak…”

Datuk Jalal

Sekilas

  • Datuk Jalaluddin Hassan mengakui dia bukan pandai memasak tetapi dibantu oleh sahabatnya, Datuk Ramli MS dan Datuk Chef Wan, dalam program Dapur Bapak Bapak.
  • Mereka berkongsi banyak pengalaman dan kenangan lama terutama tentang masakan ibu dan kisah menarik sepanjang penggambaran.
  • Program Dapur Bapak Bapak boleh ditonton pada jam 10 malam di Astro Prima, Astro One atau strim di sooka.

Pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan mengakui dirinya bukanlah seorang lelaki yang pandai memasak.

Bagaimanapun kata Jalaluddin, hal itu tidak memberikan masalah kepadanya sepanjang penggambaran program Dapur Bapak Bapak kerana dibantu oleh dua sahabatnya, Datuk Ramli MS dan Datuk Chef Wan.

“Mereka berdua pandai memasak tetapi saya pula tidak, yang pasti hati kami dekat. Saya tahu kisah mereka dan begitu juga sebaliknya.

“Jadi kami tetap boleh berkomunikasi antara satu sama lain, mereka berdua ini suka bercakap jadi adakalanya saya tidak tahu nak mencelah di bahagian yang mana,” katanya.

Jalaluddin berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran kempen Ramadan dan Raya Astro bertempat di 20twelve Studio, Petaling Jaya sebelum ini.

Dalam pada itu, Jalaluddin juga berkata dia banyak berkongsi pengalaman dan kenangan lama bersama kedua sahabatnya terutamanya tentang masakan ibu.

Malah kata Jalaluddin, banyak perkara menarik yang mereka kongsikan dalam program berkenaan.

“Yang penting kami berkongsi pengalaman terutamanya tentang ibu.

“Tentang masakan ibu kita, dulu susah, siap kena kongsi makanan. Banyak kisah menarik yang kami kongsikan,” ujarnya.

Jangan lupa saksikan program Dapur Bapak Bapak bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli MS dan Datuk Chef Wan, 10 malam di Astro Prima (saluran 105), Astro One atau strim di sooka.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Must-Watch Video

Advertisement