Sekilas
- Shikin Maembong berkongsi lukisan potret wajah ratu rock negara, Ella, yang dihasilkan sendiri olehnya di Instagram.
- Netizen memuji hasil lukisan tersebut dan mengagumi bakat Shikin sebagai anak kepada pelukis terkenal, Ismail Maembong.
- Ismail Embong pernah mengadakan pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang di Dunia di UKM pada tahun 2015.
Pelakon, Shikin Maembong menarik perhatian netizen selepas berkongsi lukisan potret yang meramkamkan wajah ratu rock negara, Ella.
Lebih istimewa lagi, potret tersebut merupakan hasil lukisan daripada air tangan Shikin sendiri.
“Kali ini mood nak lukis idola saya pula, rasa rasanya korang tahu tak potret siapa ni? Semestinya kak Ella.
“Dia seorang yang sangat humble dan comel sangat, korang rasa jadi tak?” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat hasil lukisan tersebut dan memuji kakak kepada aktres, Emma Maembong itu.


Terdahulu, Shikin merupakan anak kepada pelukis hebat iaitu Ismail Embong.
Malah bapanya yang juga merupakan Tokoh Pelukis Negara pernah membuat pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015.