Skip to main content

Selebriti

Beli 4 Batu Aliff Syukri Untuk Setiap Penjuru Rumah, Shila Amzah Dedah Perangai Sebenar Suami - “Dia Memang Sangat…”

Shila amzah

Sekilas

  • Shila Amzah dedahkan suaminya, Ubai, beli empat batu daripada Datuk Seri Aliff Syukri selepas didorong ketika siaran langsung TikTok.
  • Ubai beli batu tersebut untuk diletakkan di setiap sudut rumah bagi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.
  • Shila lebih suka membeli barang secara online kerana kekurangan masa, manakala Ubai mudah terpengaruh dengan rakan-rakannya dalam membeli barang tempatan.

Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan bahawa  suaminya, Ubai membeli batu daripada usahawan, Datuk Aliff Syukri selepas dia didorong olehnya ketika sesi siaran langsung di Tiktok.

Shila berkongsi bahawa Ubai membeli empat batu kerana ingin diletakkan di setiap sudut rumah bagi menjaga keharmonian rumah tangganya.

"Semuanya bermula selepas Aliff nampak Ubai masuk live dia dan dia minta Ubai membelinya untuk saya. 

"Bila ditanya mengapa empat batu, dia  kata untuk letak pada setiap sudut rumah bagi menjaga keharmonian rumah tangga," katanya kepada Gempak.

Shila berkata demikian selepas menghadiri sesi MeleTOP di Bukit Jalil pada malam Selasa.

Dalam masa sama, Shila turut berkata bahawa Ubai merupakan seorang yang sangat bersahaja dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakannya.

"Ubai memang jenis 'random' dan suka membeli barang-barangan tempatan. 

"Dia jenis cepat terpengaruh dengan kawan kawan dia yang juga cepat termakan dengan barang jualan," ujarnya.

Pelantun lagu Memori Tercipta itu turut berkata bahawa secara peribadinya, dia lebih memilih untuk membeli barangan secara 'online' kerana kekurangan masa.

"Saya memang sokong semua platform beli belah dan saya beli barang rumah secara atas talian sahaja sebab saya tiada masa," jelasnya.

Must-Watch Video

Advertisement