Skip to main content

Selebriti

Astro Angkat Tema 'Bersama Lagi Jadi', Ini Senarai Kandungan Kerohanian & Drama Terbaik Ramadan 2026

Astro ramadan

Sekilas

  • Astro menyambut Ramadan 1447 Hijrah dengan pelbagai kandungan khas di televisyen, radio, digital, dan aktiviti lapangan untuk tontonan seisi keluarga sepanjang bulan mulia ini.
  • Kempen Ramadan dan Raya 2026 Astro menampilkan selebriti seperti Zizan Razak dan Sharifah Shahira serta program jelajah ‘Assalamualaikum’ di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu.
  • Antara program menarik termasuk siri drama baru, rancangan masakan, hiburan, dan program Islamik seperti ‘Home Of Ramadan’ dan ‘Halaqah Nunha’ di Astro Oasis.

Astro, selaku peneraju industri hiburan di Malaysia tahun ini, teruja menyambut kehadiran Ramadan 1447 Hijrah dengan membawakan kandungan khas buat tontonan seisi keluarga, sekali gus menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih menarik.

Di samping membawakan hiburan, Astro juga tidak melupakan pengisian kerohanian dalam memenuhi keperluan tontonan setiap lapisan umur menerusi pilihan kandungan di platform televisyen, radio, digital dan juga aktiviti lapangan sepanjang Ramadan ini.

Selain menawarkan seleksi kandungan yang segar dan terkini, kemeriahan kempen Ramadan dan Raya Astro untuk tahun 2026 turut membawakan barisan duta yang akan menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada masyarakat.

Barisan ini terdiri daripada selebriti terkenal seperti Zizan Razak, ALPHA, Sharifah Shahira dan juga Auddra.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Astro membawakan program jelajah ‘Assalamualaikum’ sebagai pembuka tirai kepada kempen Ramadan yang akan dijalankan. Tahun ini, ‘Assalamualaikum’ akan bertapak di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 7 Februari 2026, menyantuni masyarakat setempat sambil menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama komuniti.

Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata Astro mengangkat tema ‘Bersama Lagi Jadi’, mencerminkan setiap detik Ramadan dan Raya akan lebih indah apabila ia diraikan bersama yang tersayang.

"Lebih istimewa, barisan kandungan yang ditawarkan Astro Ramadan kali ini meraikan semua peringkat usia, merapatkan hubungan sesama insan tersayang dengan bersama menonton kandungan-kandungan yang ditawarkan, seperti beribadah dengan kandungan berunsur kerohanian, merehatkan diri dengan barisan drama terkini, dan juga menonton kandungan variasi seisi keluarga.

"Astro menyediakan pengalaman tontonan yang baik untuk semua. Akhir kata, Salam Ramadan Mubarak, dan semoga kita semua mendapat limpahan rahmat dan keberkatan pada bulan yang mulia ini," ujarnya.

Sorotan Kandungan Ramadan 2026 di Platform Astro

Platform Televisyen

Para pelanggan Astro dapat menikmati sajian kandungan menarik yang merangkumi program keagamaan, drama terbaik, pengisian hiburan, gaya hidup dan animasi yang membawa lebih masa untuk bersama keluarga sepanjang Ramadan, termasuk:

Program Islamik Ramadan Terbaharu di Astro Oasis (Saluran 106)

  • ‘Home Of Ramadan’: Hidupkan bulan Ramadan anda dengan Astro Oasis. Program secara langsung ini menemani penonton selama tiga jam setiap Isnin hingga Jumaat, sarat dengan segmen interaktif dan santai, daripada mengaji dan pembetulan tajwid, bertadabbur Al-Quran, masak-masak, soal jawab interaktif dan banyak lagi.
  • ‘Halaqah Nunha’: Nantikan satu perjalanan yang menginspirasikan Ramadan ini bersama pasangan duo dinamik, Ustaz Haris Ismail dan Neelofa, dalam membawakan perbincangan bermakna yang meningkatkan iman dan rohani penonton.
  • ‘MeleTOP Moreh x Tazkirah Malam Jumaat’: Buat kali pertama, MeleTOP berganding bersama Tazkirah Malam Jumaat untuk mendekati penonton dan masyarakat di lokasi Assalamualaikum Astro tahun ini, iaitu Kuala Terengganu. Program ini akan menampilkan barisan penceramah popular, selebriti jemputan serta persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid terkenal.
  • ‘Surau Hunting’: Surau Hunting membawa penonton melihat surau-surau unik yang tersembunyi di pinggiran kota hingga ke tengah bandar moden yang ‘Instagrammable’. Setiap hentian bukan sekadar solat, malah terselit kisah komuniti, momen refleksi dan iftar.
  • ‘Mualim Muda: Ke Mekah, Kita!’: Sebuah program travelog realiti bersama juara, naib juara, tempat ketiga dan keempat musim pertama Mualim Muda yang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sajian drama terus menjadi pilihan nombor satu penonton Malaysia dan Astro bakal menyajikan drama baharu sepanjang Ramadan 2026:

  • ‘Andai Itu Takdirnya 2’: 10PM Isnin – Khamis, Slot Megadrama, Astro Ria (Saluran 104). Kembali untuk musim kedua, karya Siti Rosmizah ini menampilkan jalan cerita original yang belum pernah dipaparkan sebelum ini.
  • ‘Sujud Terakhir Encik Norman’: 9PM Rabu – Khamis, Slot Dramavanganza, Astro Ria (Saluran 104). Karya Sharulezad yang mengangkat pertembungan akidah, pengkhianatan dan keruntuhan iman.
  • ‘Keluarga Iskandar 3’: 9PM Jumaat, Sabtu & Ahad, Astro Ria (Saluran 104). Selepas 11 tahun, drama ini kembali dengan gabungan pelakon asal dan baharu.
  • ‘Mencari Isteri Sempurna’: 6PM Isnin – Jumaat, Astro Prima (Saluran 105). Drama penuh konflik dan emosi.
  • ‘Misi Solat 5 Waktu’: 2PM Jumaat, Astro Ceria (Saluran 611). Drama komedi keluarga adaptasi komik Islamik.

Program masakan, hiburan, realiti dan komedi sepanjang Ramadan 2026:

  • ‘MeleTOP Moreh’ (Saluran 104)
  • ‘Dapur Bapak Bapak’ (Saluran 105)
  • ‘Misi Lawak Superstar’ (Saluran 105)
  • ‘Kisah Hidupku’ (Saluran 105)

Program kanak-kanak di Astro Prima (Saluran 105):

  • ‘Upin & Ipin Musim 19’: 5PM – 6PM setiap hari.

Platform Digital (Astro Gempak)

  • ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’
  • ‘Sayang Ajar Masak S3’

Platform Radio (Astro Radio)

  • ERA: Tumpang Belajar
  • SINAR: John Sinar
  • GEGAR: Projek Balang Air
  • ZAYAN: Rasa Kasih Zayan
  • ERA Sabah: Keratan ERA Sabah
  • ERA Sarawak: Raya Support Local

Astro First

Ramadan ini, Astro First membawakan tiga filem yang mengangkat isu sosial realiti masyarakat, boleh ditonton di Astro First dan sooka pada harga RM15 untuk tempoh 48 jam:

  • ‘Akad Yang Hilang’
  • ‘Abah Saya, Uncle Mike’
  • ‘Amira Amir’

Ramadan WhatsApp Sticker

Sticker istimewa Ramadan oleh selebriti Astro boleh dimuat turun di aplikasi MyAstro dan dikongsi bersama keluarga serta rakan-rakan.

Tanggungjawab Sosial Korporat (Astro ESG)

Astro Kasih menjemput 50 pelajar daripada Kem Solat menyertai program Assalamualaikum di Masjid Seberang Takir. Sebanyak 100 pek sumbangan melalui inisiatif Grobok Rezeki diagihkan kepada golongan asnaf. Orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan melalui Program Kasih Ramadan ke akaun Yayasan Astro Kasih di nombor akaun 21412900254230 (RHB Bank Berhad).

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement