Skip to main content

Acara

725 Pelajar Dirai Dalam Majlis Bacaan Al Quran 30 Juzuk Sempena Nuzul Quran

Astro Gempak nuzul quran

Sekilas

  • Majlis Bacaan Al Quran 30 Juzuk dan Hari Apresiasi Peningkatan Al Quran serta Hafazan dianjurkan oleh Hatimurni dengan penyertaan 725 pelajar dan kehadiran kira-kira 1,500 ibu bapa serta ahli keluarga.
  • Program ini dirasmikan oleh wakil JAWI, Ustaz Syed Fahmi Akmal Syed Isa, dan bertujuan meraikan pencapaian pelajar serta menyemarakkan sambutan Nuzul Quran melalui bacaan Al Quran secara berjemaah.
  • Hatimurni komited menjadi rakan strategik ibu bapa dalam pendidikan agama anak-anak, menekankan pentingnya akidah, akhlak, dan kefahaman agama dalam era digital masa kini.

Seramai 725 pelajar diraikan dalam Majlis Bacaan Al Quran 30 Juzuk dan Hari Apresiasi Peningkatan Al Quran serta Hafazan yang dianjurkan oleh institusi pendidikan Al Quran, Hatimurni, bersempena sambutan Nuzul Quran.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan itu turut menghimpunkan kira kira 1,500 ibu bapa dan ahli keluarga yang hadir bagi memberikan sokongan kepada anak anak mereka yang menunjukkan peningkatan dalam bacaan Al Quran serta hafazan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Syed Fahmi Akmal Syed Isa yang turut menyampaikan ucapan perasmian serta menghargai usaha berterusan Hatimurni dalam memperkukuhkan pendidikan Al Quran dalam kalangan generasi muda.

Program ini dianjurkan dengan beberapa objektif utama termasuk menyemarakkan sambutan Nuzul Quran, meraikan pencapaian para pelajar dalam bacaan dan hafazan Al Quran serta melaksanakan bacaan Al Quran 30 juzuk secara berjemaah sebagai simbol kecintaan terhadap kitab suci umat Islam.

Selain itu, majlis turut diselitkan dengan bacaan doa selamat khusus buat para pelajar Hatimurni Online yang berada di UAE agar mereka sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT.

Menurut Pengasas Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, antara misi utama institusi tersebut adalah untuk menjadi rakan strategik kepada ibu bapa dalam memastikan anak anak menerima pendidikan agama yang kukuh sejak usia muda.

“Hatimurni percaya bahawa pendidikan Al Quran bukan sekadar membaca atau menghafaz, tetapi ia adalah asas penting untuk membina akidah yang kukuh, akhlak yang baik dan kefahaman agama yang jelas dalam diri anak anak.

“Perjuangan Hatimurni adalah untuk terus membantu meningkatkan pengetahuan agama dalam kalangan generasi muda serta mengukuhkan pegangan mereka melalui pendidikan yang berteraskan akidah dan akhlak,” katanya.

Tambah beliau, dalam era digital masa kini, anak anak sangat mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh luar yang boleh memberi kesan kepada cara berfikir, akidah serta akhlak mereka jika tidak dibimbing dengan pendidikan agama yang kukuh.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada para pelajar, malah turut menjadi inspirasi kepada ibu bapa dan masyarakat untuk terus memartabatkan Al Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan.

Hatimurni juga komited untuk terus melahirkan generasi yang bukan sahaja mampu membaca dan menghafaz Al Quran, tetapi turut memahami serta menghayati nilai nilai yang terkandung di dalamnya dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Must-Watch Video

Advertisement