Anggota kumpulan Botak, Achey mengakui bukan mudah untuk mencari bahan untuk membuatkan orang ramai terhibur dengan persembahan mereka di pentas Muzikal Lawak Superstar (MLS).
Menerusi entri di Instagram (IG), menjelaskan dia dan anggota kumpulan yang lain iaitu Abam dan Black harus mengetepikan hal peribadi untuk membuatkan orang ramai gembira.
"4.30pagi. Nak sampai rumah 45minit lagi. Penat itu benar untuk menghiburkan masyarakat dan memenuhi ruang rezeki dari sudut tugas kami bukan satu perkara mudah.
"Terpaksa letak tepi sejenak hal peribadi, nak orang happy kita kena happy.
"Gurau-gurau sesama sendiri amat diperlukan tanpa mengguris hati. Terima kasih pada keluarga yang memahami tugas kami.
"Undian kami rendah kami tak berkecil hati. Terima kasih pada yang sudi mengundi," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar pengorbanan yang dilakukan mereka ini berbaloi dan mendoakan agar kumpulan Botak dapat memenangi MLS.
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.