Skip to main content

Budaya Popular

Tak Sedar Suka Pegang Orang, Nazim Othman Mengaku ‘Love Language’ Sentuhan Fizikal - “Tapi Bukan Menggedik…”

astro_gempak_dyrga-285_1.jpg

Pelakon, Nazim Othman mendedahkan bahawa bahasa cinta (love language) dirinya adalah sentuhan fizikal atau physical touch.

 

Advertisement

Perkara itu dikongsikan Nazim ketika sesi siaran langsung baru-baru ini yang kemudiannya tular di media sosial.

 

@weesyaweesya2025 Ok dia punya love language tu physical touch ~ #nazimothman #arham #ezzaniejasny #nuha #DiaBukanSyurga ♬ nhạc nền - Gạo’s Dating Blog

Kata Nazim, dia tidak sedar bahawa dia sering menyentuh orang sekeliling ketika berinteraksi.

 

“Bahasa cinta (love language) saya adalah sentuhan fizikal.

 

“Ok, bercakap tentang sentuhan fizikal… sebab itulah saya tak sedar tau benda ni. Tapi benda ni asyik keluar FYP.

 

“And I was like, oh shoot! I didn’t realise I did that. You know.

 

“Macam saya shoot dengan Ezzani Jasny kan, saya tak tahu macam mana entah ada orang compile video, saya asyik pegang tangan dia. That’s my love language,” katanya.

 

Menurut pelakon drama Dia Bukan Syurga itu, sikap itu bukanlah bermaksud dia berlebihan atau mahu menonjolkan diri, sebaliknya ia memang cara semula jadi dirinya dalam menunjukkan kasih sayang dan mesra.

 

“Inilah physical touch. Tapi bukan menggedik, you know. Phyisical touch.

 

“And then, kalau saya borak, saya akan pegang bahu orang. Eh kau tahu tak… I must touch. It’s my thing, you know,” jelasnya lagi.

Golden Jaguar

Tunjuk Love Language

Tunjukkan bahasa cinta anda dengan hadiah istimewa. Sesuai untuk insan tersayang, atau untuk diri sendiri!


Hadiahkan Sekarang

Must-Watch Video