Malam Sabtu menyaksikan Stadium Nasional Bukit Jalil bermandikan cahaya apabila majlis pembukaan Sukan SEA edisi ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berlangsung dengan penuh jayanya. Sebagai rakyat Malaysia, kami cukup bangga dan bersemangat apabila melihat Malaysia mampu untuk melakukan upacara berkelas dunia seperti itu. Jika anda belum menyaksikan upacara pembukaan KL 2017, saksikan ia disini:
Daripada persembahan tarian, perarakan para atlet, penyalaan obor, persembahan artis serta pertunjukan budaya, semuanya cukup memukau dan berlaku penuh magis. Namun, tahukah anda siapakah yang menjadi tulang belakang dan bertindak sebagai pengarah kreatif pada upacara pembukaan KL2017 kali ini? Beliau tidak lain dan tidak bukan, seorang pengarah filem Malaysia terkenal, Saw Teong Hin. Beliau juga yang akan bertindak selaku pengarah kreatif pada acara penutup kelak.
Advertisement
Memetik kenyataan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin di dalam Malay Mail Online, "pembukaan KL 2017 ini sejajar dengan sambutan hari kebangsaan Malaysia yang ke-60 pada 31 Ogos ini. Jadi keseluruhan upacara pembukaan ini memaparkan segala aspek terbaik Malaysia dengan penuh stail". Bertemakan 'shine bright together', ia selari dengan tema KL 2017 kali ini iaitu 'Bangkit Bersama'.
Saw Teong Hin, 54 tahun, anak kelahiran Pulau Pinang ini dipilih atas kredibiliti beliau sebagai pengarah terkenal di Malaysia. Turut dibantu oleh pengarah acara tersohor, Francis Danker, upacara pembukaan ini mampu menjadi upacara paling diingati oleh seluruh rakyat Malaysia disamping memupuk semangat kesukanan dan perpaduan yang tinggi.
Penerima anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-18 menerusi filem Puteri Gunung Ledang ini juga turut menempa nama dengan karya seperti Hoore! Hoore!, You Mean The World To Me, Puteri Gunung Ledang The Musical dan Chow Kit Road! Chow Kit Road!
Sukan serantau dwitahunan itu sudah pun bermula telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam acara yang dilimpahi sinar cahaya dan warna dengan penyalaan kawah obor temasya yang dramatik oleh atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri serta pertunjukan bunga api mewarnai langit di atas stadium yang boleh memuatkan 90,000 penonton itu. Selain itu, ia turut dimeriahkan oleh persembahan Dayang Nurfaizah, Azlan & The Typewriter, Monologue, Datuk M.Nasir, Mia Palencia serta atlet-atler tersohor tanahair.
Netizen turut bersama-sama memuji dan berbangga dengan kejayaan upacara pembukaan KL2017 kali ini.Easily one of the best #SEAGames opening ceremony. Let the games begin! #KL2017 pic.twitter.com/y38G15XdhW
— .at ?? (@andytelasai) August 19, 2017
Amazing Performance#KL2017 #SEAGames2017
— infosihat2u© (@infosihat2u) August 19, 2017
Well done Malaysia pic.twitter.com/rFeLM988Wl
Doesn't the Stadium look magnificent? ? #KL2017 #BangkitBersama pic.twitter.com/mZXhfTLMrO
— Kuala Lumpur 2017 (@KL2017) August 19, 2017
The colourful of Malaysia! #BangkitBersama #KL2017 #OpeningCeremony pic.twitter.com/Eas96njsxs
— #TeamMAS (@myTeamMAS) August 19, 2017
YOU GUYS THE SEA GAMES OPENING CEREMONY WAS SO MAGICAL! #KL2017 pic.twitter.com/063bA8Tw67
— Phoebe Shafinaz (@PhoebeShafinaz) August 19, 2017
Paling tak boleh move on! The horses part ?? #OpeningCeremony #SEAGames2017 pic.twitter.com/Y5jPjJhEGM
— Zafirah Ishak (@ZafirahIshak) August 20, 2017
I love it ? Good job Malaysia ! #SEAgame2017 #OpeningCeremony #KL2017 #SEAGames pic.twitter.com/C6FOVmhZfk
— meiqah (@fdzlhsyzwni) August 19, 2017
But this one is win! The moment that thing keluar dari dlm pentas everyone was waaaaaaaaa ? #BangkitBersama #SEAGames2017 #OpeningCeremony pic.twitter.com/tXNkbAx0p0
— saifuliqmal (@s4iful_iqmal) August 20, 2017
amazing stages, im super flabbergasted ?❤️? #BangkitBersama #SeaGames2017 #OpeningCeremony pic.twitter.com/JCQWe6A5Zy
— nadh ?? (@nnadh00) August 19, 2017