Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mendedahkan dia mempunyai satu tabiat yang hanya akan berlaku pada malam raya iaitu mencuri masakan rendang yang telah siap dimasak untuk dimakan.
Memetik laporan HLive, Hael menjelaskan rendang yang dimasak oleh keluarganya sangat sedap.
“Itulah tabiat buruk saya kalau malam raya. Lepas masak rendang, diorang akan simpan. Sembunyilah macam mana pun rendang tu, saya akan amik sebekas dan makan dalam bilik.

“Haaa, sayalah tikus yang selalu curi rendang tu. Sedapnya rendang tu, kalau tunggu esok, lambat sikit je confirm habis," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Hael bersyukur apabila lagu raya Bersyukur Seadanya ciptaan dirinya dan Ezra Kong itu telah mencecah dua juta tontonan di laman YouTube sejak dilancarkan pada 24 Mei yang lalu.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).