Skip to main content

Berita Tempatan

"Pengalaman Pertama Di Sini Takkan Aku Lupakan" - Sambut Aidiladha Di Syria, Ini Perkongsian Aizat Amdan

aizat_2.jpg
Penyanyi dan komposer Aizat Amdan mengakui bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk mengagihkan daging korban di Syria.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aizat berkongi sepotong video yang menceritakan pengalamannya ketika berada di sana.

"Alhamdulillah, mission accomplished in Syria. Pengalaman pertama di sini takkan aku lupakan. 

"Kami selamat ke Ganzientep setelah habis mengedarkan daging korban daripada 100 ekor kambing kepada pelarian yang hidup di kem sekitar Al-Bab. 

"Terima kasih banyak kepada warga @bonyantr (NGO Syria) yang membantu kami dalam pengagihan dan beri kami tempat tidur di pejabat mereka. 

"Terima kasih banyak juga kepada anda yang menderma, doa-doa mereka kepada seluruh rakyat Malaysia agar aman dan makmur sentiasa.

"Dan kami doakan moga kedamaian akan tercapai di Syria kelak, Amin. #qurbanmissioncsm @cintasyriamalaysia," tulisnya.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa syukur apabila Aizat dapat membantu golongan pelarian di sana.

"@safinafadzil_bymirasya: Alhamdulillah... Aamiin."

"@anokpoksyed: Alhamdulillah. Semoga Allah membalas segala kebaikan di dunia ini."

"@azizudinishak: Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala urusan korang semua."


Difahamkan, ini merupakan misi pertama Aizat masuk ke Syria untuk membantu pelarian yang berada disana.

Must-Watch Video

Advertisement