Skip to main content

Viral

“Pemandu Teksi Terbabas Langgar Kereta Kami” - Naqiu Kemalangan, Kereta Remuk Teruk

naqiu-kemalangan.jpg

Penyanyi, Naqiu mengalami kemalangan akibat dilanggar sebuah teksi dari arah bertentangan.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, kira-kira jam 8 malam semalam.

Advertisement

Naqiu menerusi akaun Instagramnya menceritakan tentang kemalangan tersebut yang berlaku sekelip mata.

“Dugaan… Ada pemandu teksi dari arah bertentangan terbabas ke pembahagi jalan dan terus merempuh kereta kami di Desa Pinggiran Putra dalam jam 8 malam tadi,” maklumnya.

Bagaimanapun Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib bersyukur kerana dia dan pegawai perhubungan awam (PR) syarikat pengurusannya, Izzwan Shahzerill tidak mengalami kecederaan serius.

“Alhamdulillah saya dan pemandu cuma cedera ringan. Tetapi kereta agak teruk,” coretnya.

Difahamkan ketika kejadian, Naqiu dalam perjalanan pulang dari sesi latihan untuk persembahan Anugerah MeleTOP ERA (AME2021) yang bakal berlangsung malam esok.

Must-Watch Video