Skip to main content

Berita Tempatan

"Macam Ni Orang Ada Akal Bercakap..." - Caprice Terima Mesej Dari Liana Rosli

capricekmbefunky-collage.jpg
Rapper dan usahawan popular, Caprice menerima kiriman mesej secara peribadi (DM) dari kakak kepada pelakon Ahya Rosli iaitu Liana Rosli.

Perkara itu didedahkan Caprice menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Baru-baru ini, Caprice menyuarakan pendapatnya mengenai persembahan tarian yang dianggap kurang sesuai dipersembahkan di perkahwinan Ahya kerana imej penari yang seksi dipertunjukkan di hadapan kanak-kanak dan golongan berusia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis kebumi lagi seram dan kita semua akan lalui.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Ekoran perkara itu, Liana mengirim mesej kepada Caprice dengan ayat yang berbunyi :

"Macam ni orang ada akal bercakap, thank you so much Caprice," tulisnya.

Walau bagaimanapun, Caprice tetap bertegas degan pendapatnya namun didahului dengan permohonan maaf dalam responnya terhadap kiriman mesej itu.

"Salam, sorry kak, thank you for the DM but I actually don't agree with the sexy dancing at a wedding sebab ada ramai budak-budak dan orang tua.

"Majlis tu memang hak sesiapa yang kahwin but we have to be careful of what we portray," tulisnya sebagai kapsyen.
 

Ahya dan isterinya, Shahirah Philip mendirikan rumah tangga pada 29 Mac lalu dan mencetuskan kontroversi apabila mengundang penari seksi membuat persembahan di majlis resepsi mereka.

Must-Watch Video

Advertisement