Skip to main content

Berita Tempatan

Korea Utara Dakwa Bangunkan Vaksin COVID-19, Bakal Laksana Fasa 3 Ujian Klinikal

covbefunky-collage-(1)_1.jpg

Korea Utara mendakwa telah memulakan ujian klinikal untuk membangunkan vaksin COVID-19, lapor AWANI.

Menurut kenyataan majlis kajian sains Pyongyang pada Sabtu, saintis di Suruhanjaya Sains dan Teknologi telah mengesahkan keselamatan vaksin berkenaan menerusi ujian ke atas haiwan.

Advertisement

Memetik laporan media tempatan, saintis ketika ini sedang dalam perbincangan untuk meneruskan fasa ketiga ujian klinikal tersebut.

Pengkritik bagaimanapun meragui laporan berkenaan kerana pembangunan vaksin memerlukan sistem penjagaan kesihatan yang rapi.

Sehingga kini, Pyongyang menegaskan bahawa tiada kes COVID-19 dikesan di negara itu.

Antara negara lain yang sedang membangunkan vaksin COVID-19 adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.

Sumber : Astro AWANI





Must-Watch Video