Skip to main content

Selebriti

"Tunggu Persatuan Lambat, Jangan Bantu Bila Ada Perkara Viral Sahaja..." - Didie Alias

WhatsApp Image 2026 04 25 at 1.21.50 PM (2)

Pelakon dan pengacara, Didie Alias memilih untuk tidak bergantung pada mana-mana persatuan jika ingin membantu rakan seindustri yang dalam kesusahan.

Didie atau nama penuhnya Fadzilah Mohd. Ali berkata bahawa persatuan sepatutnya lebih proaktif dalam menghulurkan bantuan dan bukanlah bertindak apabila sesuatu kes itu tular.

"Nak tunggu persatuan bertindak agak lambat. Jangan bantu bila ada perkara yang viral sahaja.

"Sepatutnya soal kebajikan anak seni, persatuanlah kena bertindak dulu.

"Jadi Lebih baik kami bantu sesama kami sendiri. Kita jaga kita,"katanya kepada Gempak.

Didie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam pada itu, Didie turut berkongsi bahawa tujuan asalnya membantu rakan artis adalah kerana rasa simpati dan kasih sayangnya terhadap mereka.

Katanya, selagi dirinya mempunyai kudrat dan kelapangan, dia akan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Mungkin sekarang hari mereka. Nanti masa depan, mungkin saya pula yang ditimpa kesusahan.

"Selagi saya ada kelapangan, sihat dan panjang umur, saya akan cuba bantu rakan-rakan artis yang di dalam kesusahan. Bukan sebab saya nak jawatan presiden persatuan.

"Sebagai seorang anak seni kita tahu macam mana kehidupan kawan-kawan kita. Rasa simpati itu kuat,"ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement