Skip to main content

Kecantikan

Trend K-Beauty Terus Mendominasi, 5 Sebab Produk Berasaskan Centella Makin Popular Di Malaysia

Astro Gempak kbeauty

Sekilas

  • Trend penjagaan kulit kini fokus kepada kesihatan kulit jangka panjang dengan penggunaan bahan seperti Centella asiatica atau 'cica' yang menenangkan dan memperbaiki kulit.
  • Produk berasaskan centella sesuai dengan cuaca panas dan lembap Malaysia serta sesuai untuk pelbagai jenis kulit kerana sifatnya yang fleksibel dan berkesan dalam pemulihan kulit.
  • Pengaruh K-beauty dan penggunaan bahan aktif pekat seperti TECA menjadikan produk seperti Dr.G R.E.D Blemish Clear Soothing Cream pilihan popular dalam rutin harian pengguna.

Trend penjagaan kulit kini semakin berubah. Kalau dulu ramai kejar kesan cepat, sekarang fokus dah beralih kepada kesihatan kulit jangka panjang.

Salah satu bahan yang semakin mendapat perhatian ialah Centella asiatica, atau lebih dikenali sebagai 'cica'. Antara produk yang mencuri perhatian dalam kategori ini termasuk Dr.G R.E.D Blemish Clear Soothing Cream, yang sering dikaitkan dengan fungsi menenangkan dan memperbaiki keadaan kulit.

Menurut wakil industri kecantikan, Presiden, Lee Geun Young, perubahan ini bukan sekadar trend sementara.

“Pengguna hari ini lebih bijak. Mereka bukan hanya mahu kulit nampak cantik, tetapi mahu kulit yang sihat dan kuat dari dalam,” katanya.

Berikut lima sebab kenapa trend ini semakin mendapat tempat:

1. Sesuai Dengan Cuaca Malaysia

Cuaca panas dan lembap boleh buat kulit mudah meragam.

Produk berasaskan centella menjadi pilihan kerana sifatnya yang membantu menenangkan kulit dan mengurangkan kemerahan akibat persekitaran.

2. Fokus Kepada Pemulihan Kulit

Trend sekarang lebih kepada membaiki kulit terlebih dahulu sebelum mengejar efek ‘glow’.

“Pendekatan ‘repair first’ ini lebih sustainable. Bila kulit sihat, hasilnya akan lebih konsisten,” jelasnya lagi.

3. Bahan Aktif Lebih Pekat

Ekstrak seperti TECA yang diambil daripada centella dihasilkan melalui proses penapisan yang ketat, menjadikannya lebih fokus kepada fungsi pemulihan.

Ini antara faktor kenapa produk seperti Dr.G R.E.D Blemish Clear Soothing Cream sering menjadi pilihan dalam rutin harian.

4. Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Kulit

Sama ada kulit berminyak, kering atau sensitif, produk berasaskan centella biasanya hadir dengan pelbagai tekstur yang boleh disesuaikan.

Ini menjadikannya lebih fleksibel berbanding produk konvensional.

5. Pengaruh K-Beauty Yang Kuat

K-beauty memainkan peranan besar dalam memperkenalkan konsep penjagaan kulit berasaskan sains.

“Gabungan sains dan kecantikan ini yang membuatkan pengguna lebih yakin untuk mencuba,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Must-Watch Video

Advertisement