Acara C.U.D.I.P.T yang bermatlamat mendekatkan pendengar khusus dalam kalangan pelajar dengan radio terus mendapat sambutan positif buat kali kedua.
Pengurus Saluran Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, sambutan yang diterima kali ini semakin menggalakkan kerana ia membabitkan pelajar untuk turun padang memberi sokongan pada acara tersebut.
"Pengisian acara ini antaranya adalah persembahan artis di mana lagu mereka sebelum ini pernah dimainkan di Zayan. Ini juga memberi peluang untuk pelajar bertemu dengan artis," katanya kepada Astro Gempak.
Dalam acara kedua yang diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam baru-baru ini berjaya menarik 600 pelajar untuk berhibur dalam suasana santai.
Antara penyanyi yang mengambil bahagian adalah Suffian Suhaimi, Amira Othman, Fitri Haris dan Kaka Azraff serta pelawak, Achey Bocey.
Tidak terkecuali, barisan semua penyampai Zayan antaranya Mawi, Anas Tahir, Raqib Majid dan Lin Ariffin.

Menariknya, Zayan yang mengetengahkan tagline, Destinasi Gaya Hidup Muslim Moden, tidak hanya memberi hiburan muzik pada pendengar semata-mata.
Pada malam itu, pelajar juga diberi pendedahan ilmu kerohanian menerusi perkongsian tazkirah bersama Dr Taha Mohd Omar (Dr T) dan Abang J.
"Kemunculan Achey juga menggamatkan suasana apabila tampil dengan permainan bersama pelajar seperti mengusik cara komunikasi mengenai batas antara lelaki dengan perempuan.
"Memang sempoi sebab Achey bijak menjadikan suasana itu dengan jenaka sebelum semua artis dan penyampai Zayan menyanyikan lagu Saya Anak Malaysia sebagai penutup," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @zayan.my