Skip to main content

Berita Tempatan

Haziq AF4 Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

haziqaf4.jpg
Bekas peserta program Akademi Fantasia 4 (AF4), Haziq Rosebi selamat menimang cahaya mata kedua.
 
Haziq bersyukur kerana isterinya, Maisarah Mohd Sidki selamat melahirkan bayi lelaki semalam.
 
“Another boy, another Zidane… Syukur Ya Allah & terima kasih kepada semua yang mendoakan..
 
“Baby & mama dalam condition yang sangat bagus.. Insya-Allah esok dah boleh jalan-jalan KLCC,” tulisnya.
 
Haziq berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.
 
Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik foto bayinya dari sisi tepi.
 
Entri tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya sekeluarga.
 
Haziq yang mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan dikurniakan seorang agi cahaa mata lelaki, Yusuf Zidane, 3 tahun.
 

Advertisement

Must-Watch Video