Enggan Dabik Dada
Menurut Raes, biarpun unggul di kedudukan pertama dia enggan mendabik dada sebaliknya mahu memberikan yang terbaik buat penonton.
“Alhamdulillah, saya bersyukur. Sangat tidak jangka tetapi ini rezeki saya pada malam ini.
“Dengan pencapaian ini, bila dah dapat maksudnya jangkaan penonton akan lebih tinggi, jadi saya akan cuba sehabis baik dan tak mahu hampakan semua.
“Saya mahu enjoy perjalanan saya di Gimme The Mic,” ujarnya usai konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.
Juri Beri Standing Ovation
Advertisement
Membawakan lagu Writing’s On The Wall dengan sempurna sehingga mendapat standing ovation daripada juri, Raes akui gembira dan terharu dengan pujian yang diberikan.
“Sudah tentu saya gembira, standing ovation daripada juri-juri sudah tentu saya terharu.
“Biarpun ia bagi semangat pada saya, ia juga akan buat saya perlu persembahkan lebih lagi sebab ia bukan suatu tugasan yang mudah,” katanya.
Boleh Jual Di LA
Tambah Raes, dia juga akui terkejut apabila juri Yuna memberi komen dengan menyifatkan persembahan Raes boleh ‘dijual’ di bumi Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Sudah tentu saya yang mendengar pun tak percaya, ia ibarat mimpi tetapi seperti saya cakap saya mahu serap semua dalam masa sama saya tak mahu leka.
“Baru minggu kedua, perjalanan masih jauh jadi saya perlu bekerja keras dan jangan salah pilih lagu," ujarnya lagi.
Pada persembahan yang memukau itu, Raes turut mendapat pujian apabila juri menyifatkan bakat Raes adalah gifted dan luar biasa.