Rakan baik kepada bekas isteri Da'i Farhan, Ches Al-Maliki memaklumkan bahawa dia tidak menerima sebarang permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam seperti yang dituntut daripada pihak berkenaan.
Justeru, kata Ches, dia mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.
"Sehingga kini 24 jam sudah berlalu (7.59PM, 10/12/2019) saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan.
"Saya telah mendapatkan nasihat undang-undang untuk tindakan selanjutnya dan saya telah mengarahkan peguam saya Datuk Hajah Hazizah Kassim untuk mengeluarkan notis tuntutan pada pihak yang berkenaan," tulisnya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya malam tadi.

Terdahulu, Ches memaklumkan individu yang mahu mengambil tindakan saman fitnah terhadapnya sudah menarik balik tuntutan tersebut.
Namun, sahabat baik kepada Fatin Nurul Ain itu bertegas mahu meminta pihak berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
BACA: "Saya Beri Masa 24 Jam" - Tuntut Permohonan Maaf Terbuka, Rakan Baik Bekas Isteri Da'i Farhan Bakal Kemukakan Saman!
Bagaimanapun, Ches tidak menyatakan sebarang nama individu yang dimaksudkannya.
Sungguhpun begitu, sebelum ini Da'i Farhan membuat laporan polis apabila mendakwa terdapat individu yang cuba menabur fitnah terhadapnya.
BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8
Laporan tersebut dibuat selepas tersebarnya surat terbuka yang mengaitkan nama sahabat bekas isterinya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kerelaan isterinya hidup bermadu.