Penyanyi Indonesia Isyana Sarasvati akhirnya mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Rayhan Maditra pada Ahad.
Perkara itu didedahkan Isyana, 26, sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam.
"29.12.19," tulis penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Dalam Jiwa itu bersama sekeping foto romantis.
Sementara itu, Rayhan seakan-akan lega setelah sekian lama menyembunyikan kisah cinta mereka daripada publik.
"Hari ini sudah berkumpul semua orang yang kita cintai untuk menjadi saksi dari cerita yang sudah berjalan 12 tahun lamanya," ucap Rayhan ketika sesi lamaran itu.
Rakan selebriti antaranya Afgan, Datuk Rossa, Yura Yunita dan Armand Maulana turut melayangkan ucapan sempena hari bahagianya.
Menerusi temu bual bersama portal hiburan Indonesia sebelum ini, Isyana mendedahkan telah bercinta dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya sejak di bangku persekolahan lagi.