Skip to main content

Berita Tempatan

"Dulu Masa Kecil Pernah Juga Berangan" - Wow...Ini Jadinya Bila Misha Omar Jadi Pembaca Berita!

mishaberitabefunky-collage.jpg
Penyanyi popular, Misha Omar berkongsi sebuah video membaca berita untuk Berita Komuniti Awani.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Misha mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Awani kerana mengundangnya untuk menyampaikan berita untuk saluran kegemaran ramai itu.

"Dulu masa kecil pernah juga berangan nak jadi pembaca berita, kalau cikgu suruh baca text berbentuk berita, apa lagi, kau berangan jadi Christine Ling dalam kelas.

"Terima kasih Astro Awani di atas undangan ini, sesungguhnya Kak Mitch sangat berbesar hati.

"Nikmatilah Berita Komuniti Awani dari saya, Misha Omar, salam hormat," tulisnya sebagai kapsyen.

 

Antara artis lain yang turut menjadi penyampai berita tersebut adalah Adibah Noor, Erra Fazira, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aliff Satar dan ramai lagi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement