Skip to main content

Berita Tempatan

"Dia Adalah Adik Yang Terbaik..." - Afdlin Shauki Mohon Doakan Adik Lelakinya Yang Kemalangan

01.jpg
Pada satu posting di Instagramnya, Adflin Shauki berkongsi berita sedih apabila adiknya Jefri Adzman terlibat dengan satu kemalangan semalam.

"Ya Allah kau selamatkanlah adik aku jefri adzman bin aksan yg baru sahaja di timpa kemalangan tadi. Dia akan masuk ke surgeri pukul 6.30petang ini (semalam) untuk membuang pendarahan di otaknya.

"Dia adalah adik yg terbaik yg mana mana abg akan ada. Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkanlah dia seperti sediakala. Aku hambamu yang hina memohon padamu ya Allah. Selamatkanlah beliau!" doa Afdlin.

Afdlin juga memohon kepada teman-teman dan saudara mara untuk mendoakan semoga adiknya pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.
 

"Jef kena kuat! You can make it dik! You are strong!! Stronger than me!! Tolong doakan sahabat!" pohon Afdlin lagi.

Kami di Gempak mendoakan semoga adik Afdlin Shauki segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Kredit Gambar: Instagram

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement